Ya Rabb..Diri ini milik-Mu

Wednesday, 1 June 2011

Hidupkan kembali HATI yg mati.

Nampaknya IPTA seluruh Malaysia sudah mula bercuti.. begitu juga pelajar2 oversea yg bercuti summer, akan pulang ke Malaysia tidak lama lg..4 bulan, lame kan.. kalau bagi org biasa, 4 bulan cukup lama utk menjadikan otak berkarat.. dan bagi org2 yg 'luar biasa', yg sudah biasa berusrah sekali seminggu dan berprogram sekali sebulan, cuti 4 bulan sudah cukup utk membuat HATI 'berkarat'. Kenapa dikatakan hati berkarat? kerana jauh dari tarbiyah.. apabila melalui masa yg panjang tanpa tarbiyah, lama kelamaan hati akan menjadi keras [QS Al-Hadid:16]. Perubahan pada kehidupan pun boleh menyebabkan hati menjadi keras. Kalau dulu, kat hostel, ade org dtg ajak usrah..kalau xnak dtg, dipujuk2 jugak utk datang, wpun hati kadang2 meronta2 utk xdatang.. Bile balik bercuti di kampung, ada je org yg bersedia menunggu kepulangan kita, mula mengintai2 utk ajak kita berusrah mcm selalu.. tp biasalah kan, dah berada kat rumah sendiri, mulalah berasa selesa..ada tv, ada makanan sedap2.. kadang2 kita lupa keperluan utk mengisi ruh kita.. mcm mane agknya kalau keperluan utk mengisi perut pun dilupakan ye?hmmm..

Tp Allah cakap, hati yg mati boleh dihidupkan semula, sebagaimana Allah hidupkan bumi setelah matinya. [QS AL-Hadid:17]. Jawapannya adalah, dengan mendekatkan diri kepada tarbiyah.. tiada cara lain, insyaAllah!

Kalau rasa2 xmobile utk keluar dr rumah, insyaAllah masih ada cara lain. yg penting sejauh mana kemahuan kita. kalau ada laptop dan internet, boleh la join usrah online. dengan saya pun boleh. sbb saya pun sekarang nih sudah ala2 org menganggur. sgt desperate, perlu carik kerja utk 4bulan ini!! sbb adik2 usrah dah pulang bercuti. semoga mereka dapat memanfaatkan cuti dgn sebaiknya. usrah terakhir kami bulan lepas, saya kongsikan ayat dari surah al-hadid yg saya sebut di atas tadi.

Jika ada masa lapang, marilah join usrah online dgn saya. Owh ya, sebelum terlupa mahu ta'aruf sedikit [tak kenal maka ta'aruf].. Kawan2 panggil saya IM..saya bukanlah seorg graduate dari bidang pengajian islam. bukan juga graduate dari universiti2 ternama timur tengah. saya hanya ada ijazah sains kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sudah hampir 3 tahun bekerja di sebuah kilang membekal bahan2 kimia..agak bahaya jugak, rasanya dlm tempoh 3 tahun nih dah byk baju dan tudung yg rosak krn kecuaian saya mengendalikan bahan kimia..itu belom masuk tahap kesihatan lagi..dan lagi, sekarang tinggal di kajang, berdekatan UKM Bangi. Masih belum mendirikan rumah tangga, kerana masih muda. Muda dari segi umur fizikal dan juga muda dari segi usia tarbiyah [masih terlalu jagung]. Allah lebih tahu masa yg sesuai utk itu..suka membaca dan menambah ilmu..Ilmu Allah ni, makin kita pelajari, makin terasa jahil/bodoh (makin banyak yg xtahu).



Jika sudi utk berkongsi ilmu dan menjalinkan ukhwah, bolehlah add id skype saya imraihram.im. Feel free to add me ya!! salam ukhwah ukhti!!



-im-