Afalaa yatadabbaruunal Quran (Maka tidakkah mereka menghayati Al-Qur'an?)
Am 'alaa qulubin aqfaluhaa (ataukah hati mereka sudah terkunci?)
[Muhammad: 24]
Bacaan Al-Qurannya lancar.
Hampir semua surah2 dalam Al-Quran sudah di tadabbur (dihayati) dan dipelajari tafsirannya.
Bahkan lebih dari itu seluruh juzu' 30 sudah di hafal. Sekarang sedang cuba menghabiskan hafalan surah2 juzu' 29 pula.
Tapi..
Al-quran itu bukan hanya untuk dilagukan berulang-ulang kali.
Al-quran tidak cukup dengan hanya kita simpan dalam ingatan, tidak cukup dengan dipelajari tajwid2nya.
Tapi Al-quran itu untuk difahami maksudnya dan dihayati dengan hati.
Lebih lagi, Al-quran itu untuk diamal dan dipraktikkan.
*******************************************************************************
Apa agaknya yang terjadi selepas selesai pengajian surah Al-Maun?
Surah yang menyuruh kita menyantuni anak yatim dan orang miskin.
"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak mendorong memberi makan orang miskin?" [Al-maun:1-3]
Kalaulah boleh diingat, berapa ramai anak yatim yang telah kita santuni? Berapa ramai orang2 miskin di luar sana yang dengan rendah hati kita berikan makanan?
Pergilah berjalan di pasar-pasar, di stesen2 minyak. Bahkan di depan pintu bank, pasti akan ada orang yang duduk menunggu dengan tabung. Hulurkanlah walau hanya seringgit.
Kadang-kala ada orang mengetuk pintu rumah kita minta sedikit sumbangan. Ketika itu buang jauh2 persangkaan2 yang ada dlm hati. Anggaplah mereka itu Allah hadirkan untuk menguji kita. Rezeki mereka Allah dah tetapkan. Tapi anggaplah Allah nak bagi peluang kita untuk menyantuni mereka.
"Maka celakalah orang yang mendirikan solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat ria', dan enggan (memberikan) bantuan." [Al-Maun:4-7]
Astaghfirullah...
Kitakah yang diperkatakan dalam ayat2 itu?
Hulurkanlah bantuan. Tundukkan ego, tidak perlu ria' kerana kita hanya seorang hamba.
Kepandaian, kekayaan, kesihatan, semua Allah yang bagi.
Gunakanlah semula semua nikmat yang diberi kerana Allah juga.
Allahu'lam.
Ilmu tanpa amal hanya sia-sia. Ibarat pokok yang tumbuh akarnya kuat, pucuk menjulang ke langit tapi tidak berbuah.
No comments:
Post a Comment