Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
"Semoga Allah memberkati kamu IMRA IHRAM & MOHD NAZRAN, dan melimpahkan berkat kpd kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dlm kebaikan."
14-4-2012
Alhamdulillah, dengan izin-Nya semua ini berlaku. Suatu masa dahulu dia tidak pernah tahu bahkan tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi isteri kepada lelaki itu. Sejak 4 tahun yg lalu, yang dia pinta pd Allah hanya seorang lelaki yg baik agama dan akhlaknya, yang akan menjadi imam dalam solatnya. Tidak pernah putus doa supaya lelaki itu juga bakal menjadi teman dlm 'perjuangan'nya. Hanya doa dan doa yang dia mampu, kemudian biarlah Allah yg 'memilih' siapa yg terbaik buat dirinya.Buat dia yang saya cinta kerana Allah, semoga dia memahami kehidupan yang bakal kami bina nanti mungkin tidak sama dengan org lain. Sejak dari mula lagi, perkahwinan ini hanya kerana Allah, tidak ada yang lebih utama selain dari Allah. Sedang dia adalah pemilik cinta saya selepas Allah dan Rasul.
Semoga kami saling meredhai dan semoga Allah juga redha kepada kami dan sesiapa sahaja yg bersama dgn kami (",)