
Tp Allah cakap, hati yg mati boleh dihidupkan semula, sebagaimana Allah hidupkan bumi setelah matinya. [QS AL-Hadid:17]. Jawapannya adalah, dengan mendekatkan diri kepada tarbiyah.. tiada cara lain, insyaAllah!
Kalau rasa2 xmobile utk keluar dr rumah, insyaAllah masih ada cara lain. yg penting sejauh mana kemahuan kita. kalau ada laptop dan internet, boleh la join usrah online. dengan saya pun boleh. sbb saya pun sekarang nih sudah ala2 org menganggur. sgt desperate, perlu carik kerja utk 4bulan ini!! sbb adik2 usrah dah pulang bercuti. semoga mereka dapat memanfaatkan cuti dgn sebaiknya. usrah terakhir kami bulan lepas, saya kongsikan ayat dari surah al-hadid yg saya sebut di atas tadi.
Jika ada masa lapang, marilah join usrah online dgn saya. Owh ya, sebelum terlupa mahu ta'aruf sedikit [tak kenal maka ta'aruf].. Kawan2 panggil saya IM..saya bukanlah seorg graduate dari bidang pengajian islam. bukan juga graduate dari universiti2 ternama timur tengah. saya hanya ada ijazah sains kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sudah hampir 3 tahun bekerja di sebuah kilang membekal bahan2 kimia..agak bahaya jugak, rasanya dlm tempoh 3 tahun nih dah byk baju dan tudung yg rosak krn kecuaian saya mengendalikan bahan kimia..itu belom masuk tahap kesihatan lagi..dan lagi, sekarang tinggal di kajang, berdekatan UKM Bangi. Masih belum mendirikan rumah tangga, kerana masih muda. Muda dari segi umur fizikal dan juga muda dari segi usia tarbiyah [masih terlalu jagung]. Allah lebih tahu masa yg sesuai utk itu..suka membaca dan menambah ilmu..Ilmu Allah ni, makin kita pelajari, makin terasa jahil/bodoh (makin banyak yg xtahu).
Jika sudi utk berkongsi ilmu dan menjalinkan ukhwah, bolehlah add id skype saya imraihram.im. Feel free to add me ya!! salam ukhwah ukhti!!
-im-
No comments:
Post a Comment