Ya Rabb..Diri ini milik-Mu

Monday, 3 May 2010

Tarbiyah Dzatiyah

Dakwah yg dilakukan orang-orang soleh yang benar2 mentarbiyah dirinya secara sungguh2 akan memilki pengaruh dan keistimewaan yg sgt BESAR!

1. Dakwah penuh BERKAH
Mereka yang benar2 mendidik diri akan mendapat RESPON yg besar dari objek dakwah, baik dari segi KUALITI atau KUANTITI.Kadang kala kita fikir, kenapalah mad'u yg kita bawa tidak mempunyai kesan langsung terhadap dakwah kita, memang tidak dinafikan hati mereka milik Allah, tetapi, ia mungkin berpunca dari diri kita sendiri yang lupa untuk mentarbiyah diri secara sungguh-sungguh.
"Ibnu Abbas pernah menyampaikan khutbah yang menggantikan khalifah Ali, di mana seandainya orang-orang Yahudi atau Nasrani mendengarkan nya, nescaya mereka akn masuk Islam"

Dakwah Musab Bin Umair yg mampu mengislamkan penduduk Madinah juga menunujukkan hanya dengan tarbiyah diri yg hebat mampu menghasilkan dakwah yang hebat. Musab mampu menjaga tarbiyah dirinya walaupun dia berada jauh dari Rasulullah, namun tarbiyah dirinya sama hebat dengan sahabat2 yang berada dekat dgn Rasulullah ketika itu!Subhanallah!

2.Pengaruh dan kesan yang MENDALAM
Sewajarnya, melihat wajah atau melihat akhlak kita mampu membangkitkan semangat orang yang melihatnya untuk melakukan kewajiban agama.

Abu Musa Al-Asy'ari selalu dtg kepada Ibnu Mas'ud untuk menghilangkan rasa penat dan mengembalikan semngatnya dalam menjalankan ibadah kepada Allah.

"Sungguh melihat wajah Ibnu Mas'ud sesaat, jauh lebih baik dari ibadah setahun"
Hebatkan?Mad'u kita seharusnya merasakan kita adalah qudwah yang terbaik, sebaik sahaja melihat kita, akan melonjak semangat islam di dalam dada mengasilkan amal yang berterusan!

3. Konsisten dalam JALAN DAKWAH
Keistimewaan dakwah mereka yang benar2 menjalankan tarbiyah dzatiyah dapat membentuk karakter yang kuat. Inilah yang membezakan pendakwah yang soleh dan yang sungguh2 mentarbiyah dirinya berbanding dengan mereka yang tidak. Mereka mampu mewarnai lingkungan di sekelilingnya. Kita sendiri menyedari mereka yg mempunyai hubungan yg amat rapat dengan Allah hasil tarbiyah dzatiyah mempunyai tarikan tersendiri dan mampu meniupkan semangat islam di hati mad'u2 mereka.

4. Memiliki Sensitiviti terhadap AMAL
Orang yang biasa melatih diri akan memiliki sensitiviti yang lebih terhadap amal dakwah. Kerana mereka menyedari betapa besarnya tanggungjawab amal bagi dirinya untuk menyelamatkannya dari bencana dunia dan azab neraka. Ia beramal kerana kesedaran dan dengan kehendak hatinya, bukan kerana tekanan dan keterpaksaan. Inilah yang membuatkan jiwanya merdeka.Merdeka bersama Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka apbila disebutkan nama Allah GEMENTARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal" (Al Anfal:2-4)

Tarbiyah Dzatiyah merupakan satu kepentingan yang harus ditekankan oleh setiap daie. Kadangkala, apabila kita cuba bergerak laju ke hadapan, jiwa merasa kosong dan kita seharusnya berhenti dan melihat semula, adakah apa yang kita suba sampaikan kepada mad'u, kita telah sedaya upaya lakukan?

p/s:The best person you can tarbiyah is yourself :)

-Dipetik dari buku Tarbiyah Dzatiyah by Solikhin Abu 'Izzudin-