Ya Rabb..Diri ini milik-Mu

Monday 11 April 2011

Sekiranya Hamman itu baik, nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.

Dah lama rupanya blog ini xde entry terbaru. Bukannya lupa atau tidak mahu menulis dan berkongsi sesuatu, tp setiap kali ingin menulis, pasti hanya beberapa baris sahaja. kemudian saya tinggalkan atau padam sahaja. Bimbang, mungkinkah hati ini terlalu kotor hingga setiap apa yg ingin ditulis, tidak mampu utk terluah, tidak mampu disampaikan dgn baik. Entry kali ini saya ambil drpd sebuah buku bertajuk U-TURN KE JALAN LURUS karya Ustaz Zul Ramli M. Razali. Mengandungi byk "Pengajaran hebat dlm perubahan diri". ****************************************************************************************************** Nabi Musa dan Nabi Harun sedikit pun tidak merasa gentar, malah melangkah dgn penuh yakin masuk ke istana. Firaun duduk megah di ats singgahsana bersedia mendengar penuh teliti apa yg bakal dibicarakan. dgn berbekalkan pesanan drp Allah agar mereka berckp dgn lemah lembut, nabi Musa menyampaikan seruannya, "Tuanku, saya menyeru tuanku supaya menyembah Allah, Tuhan yg mentadbir sekalian alam." Menyusun bicara teratur dgn keberanian seteguh lalang. Kami menyeru tuanku utk tunduk kpd Allah dan berbuat baik kpd manusia. kami akan bersama dgn tuanku utk terus kekal di ats tampuk kekuasaan dan nanti sampai saat kematian tuanku akan diberikan syurga pula di negeri abadi. Petemuan berakhir, mereka bubar dgn nafas harapan. Sepanjang mlm firaun tidak dpt melelapkan mata, patah2 bicara Nabi Musa dan adiknya Harun benar2 menggugat keyakinan yg telah dipegang selama ini. " Ada benarnya tentang Tuhan spt yg dituturkan..." Bicaranya dlm minda mencari sinar di hujung terowong panjang dan gelap. "Aku boleh menyembah Tuhannya dan yg paling penting aku masih boleh terus berkuasa dgn sokongan mereka yg baik." Dialog dlm dirinya masih belum berakhir. dlm gelap mlm itu ada rembang cahaya pd wajah Firaun. Keesokan paginya Firaun segera memanggil Hamman utk menghadap dan meminta pandangan atas apa yg difikirkannya sepanjang mlm. "Tuanku percaya pd tutur kata mereka? Apa yg mereka rancang semata-mata ingin mengusir tuanku drpd kedudukan dan kakuasaan tuanku!" Tingkah Hamman bersemangat penuh keyakinan sambil melontarkan pandangan dr bebola mata kebencian. Sepotan apa yg difikirkan oleh Firaun sepanjang mlm itu hanya menjadi dialog mimpi yg hilang begitu sahaja apabila terjaga. Firaun balik spt asalnya. Pada pagi itu, sekiranya Hamman memberikan nasihat yg baik, sejarah dunia pasti berubah. Firaun tentu menjadi seorg raja yg beriman dgn kuasa yg gilang-gemilang. Mesir juga turut berubah dan kesannya boleh ditemui di Lembah Luxor dgn ruang masjid bg penduduk Mesir purba melakukan ibadah kpd Allah. Namun pagi itu ia hanya berjalan spt biasa dan sejarah menjadi spt yg kita baca pd hari ini. Begitulah besarnya pengaruh seorg penasihat. utk mengungguli perubahan, perkara yg mesti diberi perhatian ialah siapa penasihat kita. kita tentunya tidak mempunyai penasihat2 spt Firaun, tetapi kita ada sahabat, isteri, ibu bapa, dan org yg kita kagumi dlm hidup. tanpa kita sedari, merekalah penasihat kita. Jadi sekiranya kita memang komited utk berubah, maka perkara yg perlu diberi perhatian ialah siapa org yg berada dlm persekitaran kita. Apa yg mereka tuturkan bakal menjadi bahan berfikir kita. Apa yg mereka lakukan, bakal mempengaruhi hidup kita. Berhati-hatilah, jika tidak mereka mungkin menjadi Hamman kita!

1 comment:

  1. jazakillahi khair kak..

    dgn ilmu yang cetek ini, takut kalau2 diri sendiri yang menjadi hamman T_T

    bagusnya buku ini.. teringin nak bace!!

    ReplyDelete