Ya Rabb..Diri ini milik-Mu

Friday, 31 December 2010

Berjuang di dunia, berharap pertemuan di SYURGA


HATI MASIH TERTINGGAL DI SANA

WALAU SUDAH LEBIH 3 MINGGU KEMBALI KE MALAYSIA

MERINDUI DAMAI SUASANANYA,

DINGIN UDARANYA,

HANGAT UKUWAHNYA,

TENANG JIWA2NYA..

JUGA ENAK MAKANANNYA=)

JAZAKUNALLAH KHAIRAN KATHEERA AKHAWATI

UNTUK SEMUA YG TELAH KITA KONGSIKAN

DI CELAH ITULAH KITA MENGATUR LANGKAH

BERSAMA MEMBINA HIMMAH 'ALIYAH DLM DIRI

KAGUMNYA KAMI MELIHAT TAJARRUD KALIAN UTK AD-DEEN INI

BAGI KAMI, KOTA JAKARTA ITU BERUNTUNG

KERANA ADA JIWA2 KHALIFAH SEPERTI KALIAN

KENYATAANYA..

KOTA JAKARTA ITU TELAH BANYAK MENGAJAR KAMI

MELIHAT JURANG PERBEZAAN SI KAYA DAN SI MISKIN YG BEGITU KETARA

KETIKA ITU KAMI SEMAKIN PASTI

HANYA ISLAM YG BOLEH MENGELUARKAN MANUSIA DRPD KEGELAPAN KPD CAHAYA

ALLAH TELAH MEMILIH KITA DI JALAN-NYA

KITA PUNYA MATLAMAT YG SAMA

WALAU DI MANAPUN JASAD KITA BERADA

HATI KITA TETAP BERSATU KERANA-NYA

DOAKAN KEPULANGAN KAMI KE BUMI MALAYSIA INI

AGAR TERUS KENCANG BERLARI BERSAMA DERU DAKWAH

SEPERTI KALIAN YG SENTIASA TEGAR BERJUANG DI SANA

ANDAI TIADA LAGI PERTEMUAN DI DUNIA

MOGA ALLAH MEMPERTEMUKAN KITA DI JANNAH-NYA











Wednesday, 17 November 2010

Jangan Ragu, Jangan Futur!!

Ketika hati terasa sedikit futur, ruh jihad terasa makin pudar, ketika itu Allah memberi peringatan melalui kiriman email seseorg di dlm inbox saya. Tidak putus2 rahmat-Mu Tuhan, seperti hujan yg turun mencurah2 dr langit-Mu!!
Jazakillahu khairan katheera sis http://narawastuilmu.blogspot.com

***********************************************************************************

Tidak sedikit orang yang bertanya kepadaku tentang masa depan usrah kita. Betapa ramai orang yang awalnya ragu-ragu, lama-kelamaan meninggalkan jalan ini dan akhirnya berjuang untuk menghancurkan binaan dakwah yang telah dibina sejak sekian lama. Mereka lupa binaan ini bukan sekadar binaan sebuah jamaah kampung, tetapi inilah intisari ummah, jamaah islam seluruhnya.

Ramai juga yang merasakan perjuangan ini suatu yang sia-sia. Tatkala saudara-saudara Tabligh siang malam mereka melaksanakan gash dari pintu ke pintu. Saudara Hizbi kita setiap masa mereka penuh dengan mesyuarat dan program, malah memimpin perjuangan di medan. Begitu juga Saudara Salafi kita yang membaca beratus-ratus, malah beribu-ribu kitab, seterusnya menulis ribuan artikel. Kita masih berjumpa sekali seminggu, sekali sebulan.

Mungkinkah usaha kita yang 'slow' lagi 'sedikit' ini membuahkan impak maksima yang kita idam-idamkan? Mampukah kejayaan islam itu mengalir dari celah-celah jari orang-orang yang begitu kecil usahanya?

Aku juga pernah meragui, aku juga pernah sangsi terhadap apa yang kita lakukan ini. Risau bukan kepalang yang semua yang kita lakukan ini, jikalau dalam kesesatan, maka segalanya akan sia-sia, bahkan mengundang neraka. Sehinggalah aku dalam kegembiraan, menemui ayat ini:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat baik ".

( Surah al Ankabut : 69 )

Ikhlaskan niat dan berjuanglah. Berjuang, berjihad dengan sesungguh-sungguh jihad. Allah tidak akan menzalimi hambaNya yang beriman, bertaqwa kepadaNya. Janganlah ragu-ragu selagi kita benar-benar ikhlas menuntun di atas jalan ini. Petunjuk itu pasti akan dianugerahkanNya. Malah Allah tidak akan mensia-siakan ketaqwaan kita.

Dari masa ke masa, muhasabahlah setiap langkah kita itu. Jangan biarkan diri kita menyembah selain Allah. Jadilah insan yang benar-benar rabbani, yang menjadikan segala-galanya bersumberkan dan bermatlamatkan Allah. Pastikan segala apa yang kita serap dan hadam itu, benar-benar islam, dan akhirnya pastikan ia tidak tamat sekadar dalam halaqah sementara itu sahaja.

Tarbiyyah kita, bukan sekadar untuk meramaikan. Apa gunanya badan gemuk (besar), tetapi menderitai banyak penyakit?

Tarbiyyah kita adalah untuk setiap individu (afrad) dalam jemaah ini. Apa yang kita harapkan hasil pertemuan-pertemuan itu, bukan sekadar amal, tetapi harapannya lebih besar lagi.

Kita harapkan, dari pertemuan itu, akan terjadinya perubahan.

Perubahan, dari sekadar tahu, kepada faham. Daripada sekadar sekadar faham setiap minggu, kepada lahirnya perubahan amali setiap individu. Daripada beramalnya individu itu setiap hari, akhirnya mampu membuatkan ia menjadi fikrah yang bermain-main dalam fikirannya, tindak-tanduknya setiap masa, menjadi ad-deen sepenuhnya.

Al-akh (afrad) bukan sekadar menjadikan fikrah itu berlegar dalam fikiran, perasaan dan nota-nota hidupnya, malah islam yang dipelajari itu, akan melimpah-limpah ke sekelilingnya. Ia akan mewarnai setiap amal perbuatannya, setiap tutur katanya, malah melalui sinar matanya.

Akhirnya, al-akh menjadikan hidupnya untuk berdakwahkan fikrah ini kepada semua orang di sekelilingnya. Ia dengan sepenuh niat ingin membumikan dakwah islam ini ke seluruh masyarakat, bangsa, negara dan dunia ini. Hingga akhirnya ia sanggup membayar perjuangan ini dengan apa sahaja.

Ia berjuang untuk akhirnya fikrah islamnya itu memenangi setiap pertarungan dengan musuhnya. Ia mahu hanya Allah menjadi matlamat semua manusia, dan al-akh sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapainya.

Ia sanggup menggadaikan hartanya, kereta, rumah, pekerjaannya, akademiknya, keluarga, segala-galanya... hinggalah, malah sanggup menggadaikan nyawanya sendiri.

Ia sedar, tanpa pengorbanan total itu, mustahil akan tertegaknya hakimiyyah ilahi. Selagi darah masih terasa mahal, maka ummat ini masih jauh dari kemenangan dan kemuliaan. Maka mereka menawarkan darah mereka, untuk menyirami pusara-pusara jahiliyyah.

Ya, tarbiyyah kita menawarkan hijrah. Ia bukan suatu permainan yang sia-sia.

Kita memahami sunnatullah perasaan dan hati insani, yang memerlukan masa untuk akhirnya dapat melaksanakan hijrah dalam dirinya, hingga akhirnya islam mengalir 100% dalam dirinya. Usrah kita, setiap perjumpaan kita itu adalah untuk ke arah itu. Walau seperlahan mana sekalipun, yang penting adalah pembaikan.

Ikhwah akhawat sekalian,

Maka sedarlah kita semua, bahawa perubahan itu tidak akan berlaku jika kita masih lagi sama. Jika kita masih liat untuk merubah diri kita.

Dan sedarlah betapa pentingnya pertemuan itu untuk melahirkan perubahan itu. Perubahan sehingga kita akan mati kerana apa yang kita perjuangkan. Kita bukan sekadar mati dalam syahadah tetapi mati kerana syahadah yang kita lafazkan. Sepertimana semua para sahabat yang menegakkannya di medan jihad. Sepertimana Hasan Al-Banna dan Syed Qutb yang meraihnya.

Apa yang kita akan dapat setiap minggu itu yang akan menjadi punca mati kita. Setiap tafsir, hadis, sirah, buku yang disyarahkan; itu lah yang membunuh kita. Kita akan mati kerananya. Bukankah ia lebih berharga daripada nyawa kita sendiri?

Berhentilah tidur dalam pertemuan itu. Berhentilah terleka, terlupa untuk bersedia menghadapinya. Apatah lagi ponteng untuk menghadirinya!

Kalau kita benar-benar serius untuk syahid dan menggapai syurga.

Tuesday, 17 August 2010

Open ur eyes

Kebanyakan muslim pd hari ini sibuk dgn urusan dunia dan lalai drp b'ibadat kpd Allah s.w.t dan dan m'taati perintah-Nya. mrk spt sekumpulan manusia yg sedang tidur nyenyak. di sebelah mrk t'dpt api yg marak menyala dan akn m'bakar mrk sekiranya mrk masih lg tidur.

dikalangan manusia yg sedang nyenyak tidur, t'dpt mrk yg tdk tidur dan menyedari apa yg b'laku di sekeliling, ttpi tdk mampu memadamkan api yg sedang m'bakar. ketika itu kewajipan mrk ialah segera m'bangunkn manusia yg nyenyak tidur spy setiap mrk menyedari keadaan masing2 dan m'jauhkn diri drp api. sebarang usaha utk m'peringtkn mrk yg tidur dr bhy api akn m'jd sia2, jika dilakukn sebelum mrk t'jaga dr tidur. mrk tdk akn m'taati dan m'dgr peringatan itu krn mrk sedang nyenyak tidur. jd mrk mestilah dibangunkn t'lebih dahulu barulah diberikn peringatan.

dlm byk kes, ketika m'bangunkn org yg nyenyak tidur, mrk tdk mahu bgn krn sedang enak tidur dan tdk mahu diganggu. ini krn dia masih lg tidur dan belum sedar. jika dia benar2 sedar dr tidurnya dan melihat api yg sedang m'bakar, nescaya dia b'segera menyalamatkan diri. kata2 bahawa dia tlh sedar tdk boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti dgn tindakan m'jauhkan diri dr api itu.

demikianlah sikap da'ei t'hadap mad'unya (org yg diseru). dia mesti b'sabar di dlm usahanya menyeru mrk kpd islam. dia mesti sanggup m'hadapi tindak balas mad'unya spt p'buatan jahat dan cercaan. dia mesti m'harapkn balasan usahanya drp Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad (saw). Baginda menyeru manusia dan t'dedah kpd gangguan dan cercaan. baginda tetap b'sabar dan terus meneruskn dakwah sambil b'doa, yg b'maksud: "Wahai Tuhanku! berilah hidayah kpd kaumku krn sesungguhnya mrk tdk mengerti.

di dlm pengertian ini ASHAB b'kata :

"jadilah kamu ketika menyeru manusia spt pokok buah2an. mrk m'balingnya dgn batu, dan dia m'gugurkn buah kpd mrk."

org2 disekeliling kita, ramai yg di ant mrk yg hidup jauh dr syariat islam. yg hobinya adalah tgk wayang, menulis novel2 cinta, tgk cerita korea dan mengumpul setem. yg byk dr masanya digunakn utk mengumpul harta. yg matlamat hidupnya hanya t'batas utk diri sendiri dan keluarga shj. atau matlamatnya hanya utk m'dpt grade yg baik dlm exam. atau mungkin juga utk m'dptkn kerja yg hebat. yg idolanya adalah org2 besar dan hebat di mata manusia. yg kata2 nya hanya spt perbualan kanak2 kecil ataupun spt buih2 di pantai. semua ttg dunia. di mana diletakkn akhirat itu?

tapi sy tahu, tdk boleh utk menyalahkn dan m'hukum mrk. mana mungkin utk membetulkn mrk selagi mrk masih lg tidur. sy juga pernah begitu lena dahulu. tp Allah dgn rahmat dan kasih sayangnya yg tlh m'hantar seseorg utk mengejutkn sy, memberi kekuatan utk sy m'jauh sedikit demi sedikit dr api yg sedang marak m'bakar. sedih apabila melihat masih ramai lg yg tdk mahu bangun dan masih mahu melayan tidurnya. pasti krn kurangnya usaha utk mengejutkn mrk. pasti masih byk karat2 jahiliyyah dlm diri ini hingga ada hijab yg menutupi di antara sy dan mrk. atau krn hati ini yg masih kotor agaknya. mana mungkin hati yg kotor mampu utk menyentuh dan menembusi hati org lain. astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.. atau akhlak yg masih tdk mampu mengikut akhlak Rasulullah, da'i dan murobbi yg luar biasa. Seorg da'i itu seharusnya m'jd spt magnet yg mampu menarik logam2 disekitarnya.

Rasulullah, dgn akhlaknya yg sgt indah itupun, masih ramai yg tdk mahu mengakui islam yg dibawanya. hanya 313 yg mengikuti setelah 13 tahun seruannya di Makkah. tp ternyata bilangan kecil yg dikumpulnya ini bkn sekadar angka2 kosong shj. 313 inilah, dgn matlamt hidup yg jelas, keimanan yg m'dalam t'hadap Allah yg tlh b'sama2 Rasulullah utk menabur benih2 islam. B'mula dgn individu2 ini, mrk melahirkan keluarga dan masyarakt islam. kemudian, berjaya m'bina sebuah negara islam di Madinah, kemudian kerajaan islam, empayar islam. dan akhirnya islam membina tamadun pd zaman pemerintahan Abassiyah. Perjuangan ini mengambil masa 600 tahun, benar2 jln yg sgt panjang. Rasulullah dan para sahabat sudah tdk ada lg ketika islam di puncak kegemilangan, tp kegemilangan itu tdk akn ada tanpa usaha baginda.


Baginda menyeru kpd islam krn cintanya kpd umatnya, krn hanya islam yg mampu m'beri kebaikan kpd umatnya. Tidak sanggup melihat umatnya terus tidur, sedang api marak m'bakar mereka. Tiada masapun utk memikirkn diri sendiri!!

Hari ini, zaman kegemilangan itu sudah tdk lg dirasai. zaman ketika islam memerintah dunia. atau mungkin kita tdk pernah tahu islam pernah m'jd 'world order' suatu masa dahulu. Bukalah mata hati. Sunnatullahnya, sejarah akn b'ulang. dan kita sedang mengulang sejarah. akn tiba suatu masa, islam subur kembali memerintah dunia. Janji Allah itu pasti berlaku!! Adakah kita hanya ingin melihat atau kita ingin turut serta di ats jln yg pernah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabt?

"sekiranya (yg kamu serukn kpd mrk) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan p'jalanan yg tdk berapa jauh, niscaya mrk mengikutimu, ttpi tempat yg dituju itu terasa sgt jauh bg mrk..." [at-taubah:42]

Dan siapakah yg lbh baik p'kataanya drp org yg menyeru kpd Allah dan mengerjakn kebajikan dan b'kata, "sungguh aku t'masuk org2 muslim (yg b'serah diri)"? [Fussilat:33]

Tidak tahu di mana dan bila benih2 islam itu akn mula b'cambah. yg pastinya, b'bahagialah org2 yg tlh menabur benih itu. Allahu'alam.

*************************************************************************************

Perkogsian lagi. Ayat2 dlm artikel ini ada yg dipetik drp buku "Dakwah Fardiyah" yg ditulis oleh Syeikh Mustapha Masyhur.

Monday, 9 August 2010

Ramadhan: Madrasah Tarbiah

Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat2 semua?moga semuanya sentiasa dlm usaha mencari redha Allah..sesungguhnya, tdk ada yg lbh penting dari itu..
Ramadhan, bulan Allah yg mulia itu akn tiba beberapa jam saja lg. Bulan di mana umat islam diwajibkan berpuasa. Datangnya dgn membawa byk manfaat bg mereka yg benar2 menginginkannya.

Bagaimana agaknya dgn persiapan kita menghadapi kedatangan bulan ramadhan?

Semoga kita tlh menyiapkan bekalan yg secukupnya utk menghadapi Ramadhan kali ini. Menyiapkan diri dgn berpuasa sunat di siang hari, bgn sebelum subuh utk menunaikn slt sunat 2 rakaat dan membaca al-quran..Inilah bekalan rohani yg perlu kita bawa ke medan ramadhan dgn penuh harapan agar di hujung ramadhan nti, kita berjaya m'peroleh TAQWA.

Sepertimana kita akn menyiapkan dan membekalkan diri kita dgn study group, latih tubi, kelas tutorial dan stay up sehingga dinihari sebelum memasuki medan exam, krn kita mahu selepas habisnya exam itu nti, kita akn lulus dgn cemerlang.

Semestinya, ketibaan ramadhan teralu besar ertinya dlm hati setiap manusia yg bergelar hamba dan khalifah Allah. Bulan di mana jiwa setiap hamba sentiasa mahu mendekatkn diri kpd Tuannya. Jiwa khalifahnya sentiasa membuatnya berusaha utk memperbaiki diri. Mereka dahagakan rahmat dan ampunan dr Tuhan mereka. Mereka ingin merebut janji Allah iaitu kelepasan dr api neraka. Mereka ingin memburu mlm lailatul qadar dgn penuh kerinduan. Siangnya menahan diri dan nafsu, malamnya di isi dgn ibadah yg khusyuk kpd Rabbnya.

Tinggalkanlah sebentar kesibukan duniawi yg xkan pernah selesai. Janganlah dibiarkan kedatangan ramadhan kali ini berlalu begitu shj tanpa kita mendapat manfaat darinya. Letakkan target kita dan berdoalah semoga Allah bantu dan beri kekuatan. Moga Allah memilih kita utk menjadi tetamu Ramadhan-Nya.

Wahai org2 yg beriman! Diwajibkan ats kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ats org2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa (2:183)

Saya kongsi sedikit target utk saya Ramadhan kali ini dlm misi menuju TAQWA:

1- Khatam al-quran sekali
2- Solat dgn khusyuk
3- Kurangkan bercakap, banyakkan berzikir
4- Bersedekah semampu yg mungkin
5- Qiam setiap mlm
6- Kuatkan hati spy lbh sabar dan redha
7- Membina 10 muasoffat tarbiyyah dlm diri
~aqidah yg sejahtera
~ibadah yg sahih
~akhlak yg mantap
~tersusun urusan
~menjaga masa
~mampu manahan nafsu
~sihat tubuh badan
~mampu berdikari
~luas pengetahuan
~bermanfaat kpd org lain

Hanya sedikit perkongsian dari saya, InsyaAllah..
Selamat menempuh ramadhan sahabat..

Tuesday, 1 June 2010

mavi marmara

salam
sebuah artikel, sekadar renungan dan iktibar atas malapetaka palestin dan mavi marmara::
dari: balqisz.wordpress.com

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya.tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, "biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal'

lalu jawapannya apa?

ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2 lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika. dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? wallahua'lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna: "Saya sudah menyeru manusia ke arah kebenaran di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya"

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burung pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua'lam.

dari: balqisz.wordpress. com

1 hari dalam kapal itu

Gaza Tidak Membutuhkanmu!

Di atas M/S Mavi Marmara, di Laut Tengah, 180 mil dari Pantai Gaza.

Sudah lebih dari 24 jam berlalu sejak kapal ini berhenti bergerak karena sejumlah alasan, terutama menanti datangnya sebuah lagi kapal dari Irlandia dan datangnya sejumlah anggota parlemen beberapa negara Eropa yang akan ikut dalam kafilah Freedom Flotilla menuju Gaza. Kami masih menanti, masih tidak pasti, sementara berita berbagai ancaman Israel berseliweran.
Ada banyak cara untuk melewatkan waktu – banyak di antara kami yang membaca Al-Quran, berzikir atau membaca. Ada yang sibuk mengadakan halaqah. Beyza Akturk dari Turki mengadakan kelas kursus bahasa Arab untuk peserta Muslimah Turki. Senan Mohammed dari Kuwait mengundang seorang ahli hadist, Dr Usama Al-Kandari, untuk memberikan kelas Hadits Arbain an-Nawawiyah secara singkat dan berjanji bahwa para peserta akan mendapat sertifikat.
Wartawan sibuk sendiri, para aktivis – terutama veteran perjalanan-perjalan an ke Gaza sebelumnya – mondar-mandir; ada yang petantang-petenteng memasuki ruang media sambil menyatakan bahwa dia “tangan kanan” seorang politisi Inggris yang pernah menjadi motor salah satu konvoi ke Gaza.

Activism.

Ada begitu banyak activism, heroism…Bahkan ada seorang peserta kafilah yangmengenakan T-Shirt yang di bagian dadanya bertuliskan “Heroes of Islam” alias “Para Pahlawan Islam.” Di sinilah terasa sungguh betapa pentingnya menjaga integritas niat agar selalu lurus karena Allah Ta’ala.

Yang wartawan sering merasa hebat dan powerful karena mendapat perlakuan khusus berupa akses komunikasi dengan dunia luar sementara para peserta lain tidak. Yang berposisi penting di negeri asal, misalnya anggota parlemen atau pengusaha, mungkin merasa diri penting karena sumbangan material yang besar terhadap Gaza.

Kalau dibiarkan riya’ akan menyelusup, na’udzubillahi min dzaalik, dan semua kerja keras ini bukan saja akan kehilangan makna bagaikan buih air laut yang terhempas ke pantai, tapi bahkan menjadi lebih hina karena menjadi sumber amarah Allah Ta’ala.

Mengerem

Dari waktu ke waktu, ketika kesibukan dan kegelisahan memikirkan pekejaan menyita kesempatan untuk duduk merenung dan tafakkur, sungguh perlu bagiku untuk mengerem dan mengingatkan diri sendiri. Apa yang kau lakukan Santi? Untuk apa kau lakukan ini Santi? Tidakkah seharusnya kau berlindung kepada Allah dari ketidak-ikhlasan dan riya’? Kau pernah berada dalam situasi ketika orang menganggapmu berharga, ucapanmu patut didengar, hanya karena posisimu di sebuah penerbitan? And where did that lead you? Had that situation led you to Allah, to Allah’s blessing and pleasure, or had all those times brought you Allah’s anger and displeasure?

Kalau hanya sekedar penghargaan manusia yang kubutuhkan di sini, Subhanallah, sungguh banyak orang yang jauh lebih layak dihargai oleh seisi dunia di sini. Mulai dari Presiden IHH Fahmi Bulent Yildirim sampai seorang Muslimah muda pendiam dan shalihah yang tidak banyak berbicara selain sibuk membantu agar kawan-kawannya mendapat sarapan, makan siang dan malam pada waktunya… Dari para ‘ulama terkemuka di atas kapal ini, sampai beberapa pria ikhlas yang tanpa banyak bicara sibuk membersihkan bekas puntung rokok sejumlah perokok ndableg.

Kalau hanya sekedar penghargaan manusia yang kubutuhkan di sini, Subhanallah, di tempat ini juga ada orang-orang terkenal yang petantang-petenteng karena ketenaran mereka.

Semua berteriak, “Untuk Gaza!” namun siapakah di antara mereka yang teriakannya memenangkan ridha Allah? Hanya Allah yang tahu.

Gaza Tak Butuh Aku

Dari waktu ke waktu, aku perlu memperingatkan diriku bahwa Al-Quds tidak membutuhkan aku. Gaza tidak membutuhkan aku. Palestina tidak membutuhkan aku.

Masjidil Aqsha milik Allah dan hanya membutuhkan pertolongan Allah. Gaza hanya butuh Allah. Palestina hanya membutuhkan Allah. Bila Allah mau, sungguh mudah bagiNya untuk saat ini juga, detik ini juga, membebaskan Masjidil Aqsha. Membebaskan Gaza dan seluruh Palestina.

Akulah yang butuh berada di sini, suamiku Dzikrullah-lah yang butuh berada di sini karena kami ingin Allah memasukkan nama kami ke dalam daftar hamba-hambaNya yang bergerak – betapa pun sedikitnya – menolong agamaNya. Menolong membebaskan Al-Quds.

Sungguh mudah menjeritkan slogan-slogan, Bir ruh, bid dam, nafdika ya Aqsha… Bir ruh bid dam, nafdika ya Gaza!Namun sungguh sulit memelihara kesamaan antara seruan lisan dengan seruan hati.

Cara Allah Mengingatkan

Aku berusaha mengingatkan diriku selalu. Namun Allah selalu punya cara terbaik untuk mengingatkan aku.

Pagi ini aku ke kamar mandi untuk membersihkan diri sekedarnya – karena tak mungkin mandi di tempat dengan air terbatas seperti ini, betapa pun gerah dan bau asemnya tubuhku.

Begitu masuk ke salah satu bilik, ternyata toilet jongkok yang dioperasikan dengan sistem vacuum seperti di pesawat itu dalam keadaan mampheeeeet karena ada dua potongan kuning coklaaat…menyumbat lubangnya! Apa yang harus kulakukan? Masih ada satu bilik dengan toilet yang berfungsi, namun kalau kulakukan itu, alangkah tak bertanggung- jawabnya aku rasanya? Kalau aku mengajarkan kepada anak-anak bahwa apa pun yang kita lakukan untuk membantu mereka yang fii sabilillah akan dihitung sebagai amal fii sabilillah, maka bukankah sekarang waktunya aku melaksanakan apa yang kuceramahkan?

Entah berapa kali kutekan tombol flush, tak berhasil. Kotoran itu ndableg bertahan di situ. Kukosongkan sebuah keranjang sampah dan kuisi dengan air sebanyak mungkin – sesuatu yang sebenarnya terlarang karena semua peserta kafilah sudah diperingatkan untuk menghemat air – lalu kusiramkan ke toilet.

Masih ndableg.

Kucoba lagi menyiram…

Masih ndableg.

Tidak ada cara lain. Aku harus menggunakan tanganku sendiri…

Kubungkus tanganku dengan tas plastik. Kupencet sekali lagi tombol flush. Sambil sedikit melengos dan menahan nafas, kudorong tangan kiriku ke lubang toilet…

Blus!

Si kotoran ndableg itu pun hilang disedot pipa entah kemana…

Lebih dari 10 menit kemudian kupakai untuk membersihkan diriku sebaik mungkin sebelum kembali ke ruang perempuan, namun tetap saja aku merasa tak bersih. Bukan di badan, mungkin, tapi di pikiranku, di jiwaku.

Ada peringatan Allah di dalam kejadian tadi – agar aku berendah-hati, agar aku ingat bahwa sehebat dan sepenting apa pun tampaknya tugas dan pekerjaanku, bila kulakukan tanpa keikhlasan, maka tak ada artinya atau bahkan lebih hina daripada mendorong kotoran ndableg tadi.

Allahumaj’alni minat tawwabiin…

Allahumaj’alni minal mutatahirin…

Allahumaj’alni min ibadikas-salihin…

29 Mei 2010, 22:20
Santi Soekanto
Ibu rumah tangga dan wartawan yang ikut dalam kafilah Freedom Flotilla to Gaza Mei 2010.

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kamu merusakkan (pahala) amal-amalmu [47:33]




Thursday, 13 May 2010

Hati tarbiyah

"Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati"
(riwayat Bukhori dan Muslim)


Hati ibarat raja sedangkan anggota tubuh adalah askar2nya..beruntungnya org2 yg hatinya tlh ditarbiyah dan diisi dgn islam..
Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersilap, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yg hakiki..kalau hati itu bersih..
Hati yg dibasahi tarbiyah adalah hati yg sentiasa mengingat Allah dlm setiap hembusan nafasnya..bila ingin melakukan sesuatu, Allah menjadi matlamat utamanya..

"Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya". ( Surah al-Kahfi: ayat 110).

apabila dibacakan ayt2 Allah (al-quran) maka hati itu menjadi gementar lantaran keimanannya..

"orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka." ( Al-Anfal :2)

bila disebut tentang syurgaNya, hati itu rindu utk ke sana.. keimanannya akn syurga Allah yg membuatknnya seolah2 melihat dunia spt tidak bernilai jika dibandingkan kehidupan di dlm syurga..itulah hati yg zuhud dgn kehidupan dunia..

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warna-nya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (QS. Al Hadiid, 57: 20)

Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (QS. Al-A'laa, 87: 16-17)

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami. (QS. Yunus, 10: 7)

Hati2 inilah dgn rasa rendah, menginfakkan semua pinjaman Allah, hartanya, tenaganya, masa rehatnya, umurnya hanya utk agama Allah.. hati yg menyerahkan segala urusan dunia kpd Allah..dan mereka tdk merasa rugi sedikitpun..Percaya Allah adalah perancang yg terbaik..

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Hati yg merasa lapang apabila di ajak berjihad ke jalan Allah..
Sekeping hati yg bersih, melihat org2 disekelilingnya dengan kasih sayang.. Lantaran syg itulah, dia ingin menyantuh hati2 mereka agar kembali mengingati Allah..Hati itu tlh dididik utk sentiasa ikhlas dlm setiap kerjanya..
Yang ada dalam hatinya hanyalah Allah..dia mahu melihat kalimah Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah tertegak di atas muka bumi ini..
Hati yg sentiasa berdoa memohon redha Allah dan mendoakan org2 disekililingnya..
Hati yg sensitif dengan maksiat dan pergaulan bebas..
Hati yg sentiasa memohon perlindungan Allah lantaran sedar bahawa dia tdk mampu menjaga dirinya sendiri tanpa petolongan Allah..
Hatinya tenang krn dia jelas matlamat hidupnya..
Hati itu tahu dunia tdk menjanjikan kepuasan dan kesenangan..
kerana,

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang-13:28

Hasbunallah wani'mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar).
Surah Ali `Imran (3): 173

*************************************************************************

sekadar tulisan hati seorg hamba yg merasakan kemanisan dan keindahan tarbiyah, ukhuwwah fillah dan jihad fi sabilillah..jagalah hati, jgn dikotorkannya..semoga Allah pandu hati2 kita ke jalan yg diredhaiNya..

Wallahua'lam..


Monday, 3 May 2010

Tarbiyah Dzatiyah

Dakwah yg dilakukan orang-orang soleh yang benar2 mentarbiyah dirinya secara sungguh2 akan memilki pengaruh dan keistimewaan yg sgt BESAR!

1. Dakwah penuh BERKAH
Mereka yang benar2 mendidik diri akan mendapat RESPON yg besar dari objek dakwah, baik dari segi KUALITI atau KUANTITI.Kadang kala kita fikir, kenapalah mad'u yg kita bawa tidak mempunyai kesan langsung terhadap dakwah kita, memang tidak dinafikan hati mereka milik Allah, tetapi, ia mungkin berpunca dari diri kita sendiri yang lupa untuk mentarbiyah diri secara sungguh-sungguh.
"Ibnu Abbas pernah menyampaikan khutbah yang menggantikan khalifah Ali, di mana seandainya orang-orang Yahudi atau Nasrani mendengarkan nya, nescaya mereka akn masuk Islam"

Dakwah Musab Bin Umair yg mampu mengislamkan penduduk Madinah juga menunujukkan hanya dengan tarbiyah diri yg hebat mampu menghasilkan dakwah yang hebat. Musab mampu menjaga tarbiyah dirinya walaupun dia berada jauh dari Rasulullah, namun tarbiyah dirinya sama hebat dengan sahabat2 yang berada dekat dgn Rasulullah ketika itu!Subhanallah!

2.Pengaruh dan kesan yang MENDALAM
Sewajarnya, melihat wajah atau melihat akhlak kita mampu membangkitkan semangat orang yang melihatnya untuk melakukan kewajiban agama.

Abu Musa Al-Asy'ari selalu dtg kepada Ibnu Mas'ud untuk menghilangkan rasa penat dan mengembalikan semngatnya dalam menjalankan ibadah kepada Allah.

"Sungguh melihat wajah Ibnu Mas'ud sesaat, jauh lebih baik dari ibadah setahun"
Hebatkan?Mad'u kita seharusnya merasakan kita adalah qudwah yang terbaik, sebaik sahaja melihat kita, akan melonjak semangat islam di dalam dada mengasilkan amal yang berterusan!

3. Konsisten dalam JALAN DAKWAH
Keistimewaan dakwah mereka yang benar2 menjalankan tarbiyah dzatiyah dapat membentuk karakter yang kuat. Inilah yang membezakan pendakwah yang soleh dan yang sungguh2 mentarbiyah dirinya berbanding dengan mereka yang tidak. Mereka mampu mewarnai lingkungan di sekelilingnya. Kita sendiri menyedari mereka yg mempunyai hubungan yg amat rapat dengan Allah hasil tarbiyah dzatiyah mempunyai tarikan tersendiri dan mampu meniupkan semangat islam di hati mad'u2 mereka.

4. Memiliki Sensitiviti terhadap AMAL
Orang yang biasa melatih diri akan memiliki sensitiviti yang lebih terhadap amal dakwah. Kerana mereka menyedari betapa besarnya tanggungjawab amal bagi dirinya untuk menyelamatkannya dari bencana dunia dan azab neraka. Ia beramal kerana kesedaran dan dengan kehendak hatinya, bukan kerana tekanan dan keterpaksaan. Inilah yang membuatkan jiwanya merdeka.Merdeka bersama Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka apbila disebutkan nama Allah GEMENTARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal" (Al Anfal:2-4)

Tarbiyah Dzatiyah merupakan satu kepentingan yang harus ditekankan oleh setiap daie. Kadangkala, apabila kita cuba bergerak laju ke hadapan, jiwa merasa kosong dan kita seharusnya berhenti dan melihat semula, adakah apa yang kita suba sampaikan kepada mad'u, kita telah sedaya upaya lakukan?

p/s:The best person you can tarbiyah is yourself :)

-Dipetik dari buku Tarbiyah Dzatiyah by Solikhin Abu 'Izzudin-

Wednesday, 24 March 2010

hati tidak sihat

..::kekuatan itu hanya dr Allah::..

hhmmm..
erm..
hati sedikit tdk sihat hari ini
rase tidak tenang..
mungkin krn tuntutan kerja semlm..
ahh, saya sedikit lalai dlm ikhtilat (pergaulan)!!
***
yess, mlm nih akn berada di tmn syurga bersama2 mrk yg saya rindui..
semoga Allah permudahkan..
yg penting btlkan niat..

Tuesday, 16 March 2010

Bantu aku Tuhan

Mlm td aku menasihati mereka..berbincang dgn mereka tentang nasihat..nasihat perlu mengandungi 5 ciri ini..klu xde 5 ciri ni, tidak dikatakan nasihat!!
1- niat yg ikhlas
2- membersihkan
3- mengislahkan
4-
5- menjaga ukuwwah

dan pagi ini aku diuji sendiri dgn apa yg aku katakan..aku sedar, aku tlh gagal dlm ujian-Mu Ya Allah..seringkali aku melakukan sesuatu yg bertentangan dgn apa yg aku katakan..Astaghfirullah3x

"wahai org2 yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tdk kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tdk kamu kerjakan."
(ass-saff:2-3)

ketika kita mengingati mereka, ingatlah mulut yg berkata2 itu akan lebih di tanya di akhirat kelak!!
Ya Rabbi, tuntunilah aku, kurniakanlah kebenaran dlm setiap perbuatan dan percakapanku..


++beratnya amanahmu Tuhan++

Tuesday, 26 January 2010

Nikmat dan syukur

..Hidup ini ibarat roda..adakalanya kita di atas, adakala kita di bwh..




Tahun 2010 mungkin merupakan satu revolusi baru dlm pekerjaan saya.. setelah setahun lebih bekerja, saya tlh pun dinaikkn pangkat.. syukur pd Allah.. w'bgimanapn, rasanya sy belum cukup bersedia utk memikul tngjwb yg besar ini.. apa tidaknya, tlh biasa menjd org bawahan dan mengikut shj kemahuan org lain.. pesanan bos yg tdk mungkin dilupakan adalah, "lepas nih da jd ketua, xboleh main2 lg" dan satu lg "ketua kena ade style".. pesanan pertama insyaAllah mudah sj bg sy, tp pesanan yg kedua agk sukar utk dipraktikkn memandangkn sy yg paling muda di sini..haih, ape sajelah kn..

jika dulu ketika berada di bwh dan berasa sedih apabila dibuli, hati sentiasa mengingati Allah..
bagaimanalah agknya sy selepas ini..takut hati ini menjd rosak dgn nikmat dunia yg sementara ini..

Ya Allah, sungguh aku tdk biasa berada di ats.. aku takut kedudukanku membataskn hubunganku dengan-Mu..Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yg lbh tahu apa yg terbaik utk hamba-Mu.. Jadikanlah kesenangan ini membuatkn bertambah2 rasa syukurku kpd-Mu..

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agr tdk ku kesesatan
dr jln syurga-Mu yg diidamkn
krn tdk ku terdaya menahan siksa neraka
layakkah pula aku utk ke syurga
Aku hanya hamba yg diciptakn dgn kelemahan
seringkali daku terlupa seringkali jua daku terleka
oleh nikmat-Mu yg mencurah di dpn mata


"dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yg sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
(Ar-Rum:64)

Monday, 4 January 2010

ini jalanku~

KETIKA MEREKA MENJALANI PELBAGAI JALAN MEREKA
KITA MENYUSURI JALAN KITA
JALAN PARA RASUL DAN NABI-NABI
JALAN DAKWAH
*****
Pertama kali sy menyambut tahun baru dlm keadaan begini..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Teringat mlm 31/12/2009 itu, highway kelihatan sgt sibuk, berada di tgh2 kenderaan yg byk, membuatkn sy berfikir, kemanakah tujuan mereka?mungkin juga ramai yg ingin meraikan thn baru..ketika itu juga kelihatan percikan bunga api menghiasi langit..wahh, mereka sedang bergembira menantikan kedatangan thn baru..
*****
Aku meneruskan perjlnan, insyaAllah destinasi yg tdk sama spt mereka..terlalu asing rasanya..tp itulah hakikatnya, "islam itu dtg dlm keadaan ghurobaa'(asing), dan akan kembali asing, beruntunglah org2 yg asing" (hadith)
*****
Ya Allah saksikanlah, ketika mrk sibuk di sana, kami di sini juga sdg sibuk mencari redha-Mu..dan Ya Allah, kami tahu di luar sana masih ramai yg mahu mendengarkn ayat2-Mu..
*****
2 b continue..