Teringat dulu masa mula-mula terjebak dengan usrah. Satu hari tu ke pasar malam dengan naqibah. Tak jauh nun kami nampak sekumpulan pemuda warga Myanmar (rasanya) tak pun Nepal kot tangah lepak-lepak di sekitar. Tiba-tiba naqibah saya cakap, kesiannya tenaga pemuda yang disia-siakan je. Saya yang masa tu tak berapa nak faham cuma cakap,
''kak, diorang bukannya orang Malaysia (Melayu) pun.''
"Yelah, bukan orang Malaysia (Melayu) pun, tapi diorang tetap orang islam kan?"
Berfikir-fikir jugaklah saya masa tu.
Tapi makin lama saya makin faham dan nampak apa maksudnya.
Tugas melaksanakan hak syahadah tu adalah tugas semua orang islam. Tak kira di mana pun dia berada. Semua orang islam perlu faham tanggugjawab ni. Tidak ada tanggungjwb dan kerja yang lebih utama selain untuk memastikan kalimah Lailahaillallah menjadi yang tertinggi sekali di muka bumi ini. TIDAK ADA!
Islam adalah negara dan tanah air. Oleh itu di mana sahaja negara yang ada umat islam, itu adalah tanah air kita. Di mana sahaja tanah yamg pernah menjadi naungan islam suatu masa dulu adalah tanah umat islam. [Usul 1 dalam Usul 20 IHAB]
Islam adalah ayahku. bila islam adalah ayahku, bermakna seluruh umat islam adalah adik2 beradikku. [kata-kata sahabat]
Wallahu'alam. Nak tulis banyak lagi. Mungkin lain kali, insyaAllah=)
"Dan tetaplah memberi peringatan, krn sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bg org2 mukmin" [Az-Zariyat:55]
Ya Rabb..Diri ini milik-Mu
Monday, 2 July 2012
Saturday, 16 June 2012
Afalaa yatadabbaruunal Quran?
Afalaa yatadabbaruunal Quran (Maka tidakkah mereka menghayati Al-Qur'an?)
Am 'alaa qulubin aqfaluhaa (ataukah hati mereka sudah terkunci?)
[Muhammad: 24]
Bacaan Al-Qurannya lancar.
Hampir semua surah2 dalam Al-Quran sudah di tadabbur (dihayati) dan dipelajari tafsirannya.
Bahkan lebih dari itu seluruh juzu' 30 sudah di hafal. Sekarang sedang cuba menghabiskan hafalan surah2 juzu' 29 pula.
Tapi..
Al-quran itu bukan hanya untuk dilagukan berulang-ulang kali.
Al-quran tidak cukup dengan hanya kita simpan dalam ingatan, tidak cukup dengan dipelajari tajwid2nya.
Tapi Al-quran itu untuk difahami maksudnya dan dihayati dengan hati.
Lebih lagi, Al-quran itu untuk diamal dan dipraktikkan.
*******************************************************************************
Apa agaknya yang terjadi selepas selesai pengajian surah Al-Maun?
Surah yang menyuruh kita menyantuni anak yatim dan orang miskin.
"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak mendorong memberi makan orang miskin?" [Al-maun:1-3]
Kalaulah boleh diingat, berapa ramai anak yatim yang telah kita santuni? Berapa ramai orang2 miskin di luar sana yang dengan rendah hati kita berikan makanan?
Pergilah berjalan di pasar-pasar, di stesen2 minyak. Bahkan di depan pintu bank, pasti akan ada orang yang duduk menunggu dengan tabung. Hulurkanlah walau hanya seringgit.
Kadang-kala ada orang mengetuk pintu rumah kita minta sedikit sumbangan. Ketika itu buang jauh2 persangkaan2 yang ada dlm hati. Anggaplah mereka itu Allah hadirkan untuk menguji kita. Rezeki mereka Allah dah tetapkan. Tapi anggaplah Allah nak bagi peluang kita untuk menyantuni mereka.
"Maka celakalah orang yang mendirikan solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat ria', dan enggan (memberikan) bantuan." [Al-Maun:4-7]
Astaghfirullah...
Kitakah yang diperkatakan dalam ayat2 itu?
Hulurkanlah bantuan. Tundukkan ego, tidak perlu ria' kerana kita hanya seorang hamba.
Kepandaian, kekayaan, kesihatan, semua Allah yang bagi.
Gunakanlah semula semua nikmat yang diberi kerana Allah juga.
Allahu'lam.
Ilmu tanpa amal hanya sia-sia. Ibarat pokok yang tumbuh akarnya kuat, pucuk menjulang ke langit tapi tidak berbuah.
Thursday, 3 May 2012
Semoga Allah melimpahkan barakah kepada mereka
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
"Semoga Allah memberkati kamu IMRA IHRAM & MOHD NAZRAN, dan melimpahkan berkat kpd kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dlm kebaikan."
14-4-2012
Alhamdulillah, dengan izin-Nya semua ini berlaku. Suatu masa dahulu dia tidak pernah tahu bahkan tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi isteri kepada lelaki itu. Sejak 4 tahun yg lalu, yang dia pinta pd Allah hanya seorang lelaki yg baik agama dan akhlaknya, yang akan menjadi imam dalam solatnya. Tidak pernah putus doa supaya lelaki itu juga bakal menjadi teman dlm 'perjuangan'nya. Hanya doa dan doa yang dia mampu, kemudian biarlah Allah yg 'memilih' siapa yg terbaik buat dirinya.Buat dia yang saya cinta kerana Allah, semoga dia memahami kehidupan yang bakal kami bina nanti mungkin tidak sama dengan org lain. Sejak dari mula lagi, perkahwinan ini hanya kerana Allah, tidak ada yang lebih utama selain dari Allah. Sedang dia adalah pemilik cinta saya selepas Allah dan Rasul.
Semoga kami saling meredhai dan semoga Allah juga redha kepada kami dan sesiapa sahaja yg bersama dgn kami (",)
Subscribe to:
Posts (Atom)