Ya Rabb..Diri ini milik-Mu

Saturday, 21 September 2013

iman-takwin-amal




Jihad itu buah daripada iman.
Sedangkan iman itu buah daripada tarbiyah dan dakwah. 
Sebab itu 3 marhalah utama dakwah itu adalah:
1- al-imanul 'amiq (iman yg mendalam)
2- at-takwin daqiq (pembentukan yg rapi)
3- al-amal mutawassil (amal yg berterusan)
Tanpa ketiga2 ini, ataupun tanpa salah satu darinya, tiada lagi makna jihad dlm dakwah. Kamu berkata begini krn kamu sendiri merasakan kesannya ketika ini.
FUTUR yg suatu masa dulu kononnya telah kamu tinggalkan jauh di belakang rupanya tak pernah jemu dan letih utk mengejar. Mudah saja caranya, Allah hanya berikan sedikit saja ujian, membuatkan kamu 'sibuk' dgn ujian itu, dan akhirnya terjadilah apa yg akan terjadi itu.. kamu futur tanpa kamu sedari..
Kamu hanya sedar apabila kamu tidak dapat lagi membezakan priority kamu walaupun dlm hal2 yg kecil..
Kamu lebih memilih utk tinggal drpd keluar berjihad dgn alasan yg kamu fikir ia bukanlah-alasan-semata..
Ketika itu kamu mula sedar, kamu sgt memerlukan 'iman baru' yg akan dapat memberikan guidance kpd kamu..seperti suatu masa dulu ketika kamu sgt merasakan manisnya iman itu..ketika mana imanmu tidak pernah gagal memberi fatwa terbaik buatmu..
Dan beruntunglah ketika mana Allah masih berkenan menyedarkan kamu..
Ingatlah, takwin itu bukan hanya penting ketika diawalnya, malah sehingga akhirnya TAKWIN ITU TIDAK BOLEH PERNAH BERHENTI.

Thursday, 30 May 2013

Jika Dakwah ini Sebuah Career

Bismillahirrhamanirrahim..

Kalaulah kerja dakwah ini dikira sebagai sebuah career, 
rasanya cereernya sabagai seorang da'ei sedang di ambang kejatuhan..
Mungkin menanti masa utk melepaskan jawatan itu atau menunggu saat diterminate terus..

tapi kejatuhan itu bukan disebabkan gagalnya dia utk naik pangkat atau naik ke gred/level yg lebih tinggi.
tapi kejatuhan ini  dirasakan kerana gagalnya dia utk terus menjadi da'ei yg produktif..
Semakin lama semakin gagal utk mencetak dan membina kader2 baru..
Semakin gagal utk menyebarkan fikrah yg satu masa dahulu begitu mendarah daging dlm dirinya
Semakin sukar utk memandang masa depan, semuanya semakin kabur..

Sukar utk menerangkan perasaannya ketika ini..
Perasaan kecewa seorg yg menggelar dirinya da'ei..
Apalah yg mampu dilakukan lagi jika kekecewaan sudah seperti menelan semua semangatnya..
Apalah lagi yg boleh diharapkan padanya..
Dia kini hanya menanti ketentuan datang, tiada lagi yg diistilahkan sebagai menongkah arus..

Bukan dia mahu menjadi seperti da'ei yg kecewa kerana peringatannya tidak diendahkan, 
lalu akhirnya ditelan ikan nun..
Kecewanya bukan atas sebab yg sama seperti da'ei itu..
Ah! Sukarnya utk menerangkan kekecewaan yg lahir di atas kesilapan diri sendiri..


************************

Tapi,
Harapan masih ada, selagi dia berbaik sangka dgn Allah.
Semoga dgn Allah mencampakkan dia di sini, bukan utk menjatuhkan career dakwahnya
tapi utk dia terus belajar dan meyakini ketika tiada siapa2 yg boleh membantu, ketika tiada yg memahami, 
ALLAH SENTIASA ADA!

Jgn berhenti menongkah arus!





Monday, 2 July 2012

Wahai Pemuda

Teringat dulu masa mula-mula terjebak dengan usrah. Satu hari tu ke pasar malam dengan naqibah. Tak jauh nun kami nampak sekumpulan pemuda warga Myanmar (rasanya) tak pun Nepal kot tangah lepak-lepak di sekitar. Tiba-tiba naqibah saya cakap, kesiannya tenaga pemuda yang disia-siakan je. Saya yang masa tu tak berapa nak faham cuma cakap,

''kak, diorang bukannya orang Malaysia (Melayu) pun.''

"Yelah, bukan orang Malaysia (Melayu) pun, tapi diorang tetap orang islam kan?"

Berfikir-fikir jugaklah saya masa tu.

Tapi makin lama saya makin faham dan nampak apa maksudnya.

Tugas melaksanakan hak syahadah tu adalah tugas semua orang islam. Tak kira di mana pun dia berada. Semua orang islam perlu faham tanggugjawab ni. Tidak ada tanggungjwb dan kerja yang lebih utama selain untuk memastikan kalimah Lailahaillallah menjadi yang tertinggi sekali di muka bumi ini. TIDAK ADA!

Islam adalah negara dan tanah air. Oleh itu di mana sahaja negara yang ada umat islam, itu adalah tanah air kita. Di mana sahaja tanah yamg pernah menjadi naungan islam suatu masa dulu adalah tanah umat islam.  [Usul 1 dalam Usul 20 IHAB]

Islam adalah ayahku. bila islam adalah ayahku, bermakna seluruh umat islam adalah adik2 beradikku. [kata-kata sahabat]

Wallahu'alam. Nak tulis banyak lagi. Mungkin lain kali, insyaAllah=)

Saturday, 16 June 2012

Afalaa yatadabbaruunal Quran?









Afalaa yatadabbaruunal Quran (Maka tidakkah mereka menghayati Al-Qur'an?)
Am 'alaa qulubin aqfaluhaa (ataukah hati mereka sudah terkunci?)
[Muhammad: 24]


Bacaan Al-Qurannya lancar.
Hampir semua surah2 dalam Al-Quran sudah di tadabbur (dihayati) dan dipelajari tafsirannya.
Bahkan lebih dari itu seluruh juzu' 30 sudah di hafal. Sekarang sedang cuba menghabiskan hafalan surah2 juzu' 29 pula. 


Tapi..
Al-quran itu bukan hanya untuk dilagukan berulang-ulang kali.
Al-quran tidak cukup dengan hanya kita simpan dalam ingatan, tidak cukup dengan dipelajari tajwid2nya.
Tapi Al-quran itu untuk difahami maksudnya dan dihayati dengan hati.
Lebih lagi, Al-quran itu untuk diamal dan dipraktikkan.


*******************************************************************************


Apa agaknya yang terjadi selepas selesai pengajian surah Al-Maun?


Surah yang menyuruh kita menyantuni anak yatim dan orang miskin.


"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak mendorong memberi makan orang miskin?" [Al-maun:1-3]


Kalaulah boleh diingat, berapa ramai anak yatim yang telah kita santuni? Berapa ramai orang2 miskin di luar sana yang dengan rendah hati kita berikan makanan?


Pergilah berjalan di pasar-pasar, di stesen2 minyak. Bahkan di depan pintu bank, pasti akan ada orang yang duduk menunggu dengan tabung. Hulurkanlah walau hanya seringgit.


Kadang-kala ada orang mengetuk pintu rumah kita minta sedikit sumbangan. Ketika itu buang jauh2 persangkaan2 yang ada dlm hati. Anggaplah mereka itu Allah hadirkan untuk menguji kita. Rezeki mereka Allah dah tetapkan. Tapi anggaplah Allah nak bagi peluang kita untuk menyantuni mereka.


"Maka celakalah orang yang mendirikan solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat ria', dan enggan (memberikan) bantuan." [Al-Maun:4-7]


Astaghfirullah...
Kitakah yang diperkatakan dalam ayat2 itu?
Hulurkanlah bantuan. Tundukkan ego, tidak perlu ria' kerana kita hanya seorang hamba.
Kepandaian, kekayaan, kesihatan, semua Allah yang bagi.
Gunakanlah semula semua nikmat yang diberi kerana Allah juga.


Allahu'lam.




Ilmu tanpa amal hanya sia-sia. Ibarat pokok yang tumbuh akarnya kuat, pucuk menjulang ke langit tapi tidak berbuah. 







Thursday, 3 May 2012

Semoga Allah melimpahkan barakah kepada mereka

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
"Semoga Allah memberkati kamu IMRA IHRAM & MOHD NAZRAN, dan melimpahkan berkat kpd kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dlm kebaikan."

14-4-2012
Alhamdulillah, dengan izin-Nya semua ini berlaku. Suatu masa dahulu dia tidak pernah tahu bahkan tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi isteri kepada lelaki itu. Sejak 4 tahun yg lalu, yang dia pinta pd Allah hanya seorang lelaki yg baik agama dan akhlaknya, yang akan menjadi imam dalam solatnya. Tidak pernah putus doa supaya lelaki itu juga bakal menjadi teman dlm 'perjuangan'nya. Hanya doa dan doa yang dia mampu, kemudian biarlah Allah yg 'memilih' siapa yg terbaik buat dirinya.





Buat dia yang saya cinta kerana Allah, semoga dia memahami kehidupan yang bakal kami bina nanti mungkin tidak sama dengan org lain. Sejak dari mula lagi, perkahwinan ini hanya kerana Allah, tidak ada yang lebih utama selain dari Allah. Sedang dia adalah pemilik cinta saya selepas Allah dan Rasul.

Semoga kami saling meredhai dan semoga Allah juga redha kepada kami dan sesiapa sahaja yg bersama dgn kami (",)

Friday, 4 November 2011

Al-Bara' bin Malik Al-Ansari

Rambutnya kerinting, tubuhnya kurus keding dan kulitnya cukup hitam. Orang memandang lekeh kepadanya dan segan bertemu dengan dia.. Tetapi walaupun begitu, dia telah membuktikan keberaniannya sanggup menewaskan ratusan orang musyrik dalam beberapa kali perang tanding satu lawan satu. Belum termasuk yang ditewaskannya dalam perang berkecamuk.

Sesungguhnya dia pemberani yang pantang mundur. Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab pernah menulis surat kepada para panglima, supaya tidak mengangkat Al Bara’ bin Malik menjadi komander pasukan, karena dikhuatirkan dengan keberaniannya yang luar biasa itu akan membahayakan tentera muslimin.

Al-Bara’ bin Malik adalah saudara kandung Anas bin Malik, khadam Rasulullah. Seandainya diceritakan kisah kepahlawanan Al-Bara’ semuanya, sudah tentu terlalu banyak. Kerana itu cukuplah sebuah kisah sahaja, mudah-mudahan dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kepahlawanannya.

Kisah ini terjadi tidak berapa lama sesudah Rasulullah wafat. Ketika itu beberapa kabilah ‘Arab murtad dari agama Islam secara beramai-ramai, sebagaimana mulanya mereka masuk Islam beramai-ramai. Akhirnya yang tinggal dalam Islam hanyalah para penduduk Makkah, Madinah, Thaif, dan beberapa kelompok yang berselerak di sana-sini. Mereka orang-orang yang teguh imannya.

Khalifah Abu Bakar mengkehendaki agar ancaman terhadap pembelot Islam itu dihapuskan sampai ke akarnya. Maka dibentuknya sebelas pasukan tentera, terdiri daripada kuam Muhajirin dan kaum Ansar. Lalu dikirimnya ke seluruh jazirah ‘Arab, untuk mengembalikan orang orang yang murtad dan memerangi siapa yang membangkang.

Kelompok orang-orang murtad yang paling jahat dan besar ialah kelompok Banu Hanifah yang dipimpin oleh Musailamah Al-Kazzab. Jumlah mereka tak kurang dari empat puluh ribu orang, terdiri daripada prajurit-prajurit kental dan berpengalaman perang. Kebanyakan mereka murtad dan mengikuti Musailamah kerana fanatik kesukuan, bukan kerana percaya kepada kenabian Musailamah.

Sebahagian mereka berkata, “Saya tahu Musailamah itu bohong dan Muhammad lah Nabi yang benar. Tetapi kebohongan Bani Rabi‘ah (Musailamah) lebih saya sukai daripada kebenaran Bani Mudhar (Muhammad).’

Tentera Muslimin yang pertama-tama datang menyerang Musailamah dipimpin oleh ‘Ikrimah bin Abu Jahal. Pasukan ‘Ikrimah dapat dikalahkan tentera Musailamah. sehingga kucar-kacir dan Ikrimah sendiri tewas sebagai syahid.

Sesudah itu dikirim oleh Khalifah Abu Bakar Shiddiq pasukan kedua di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Dalam pasukan Khalid ini terdapat pahlawan-pahlawan Ansar dan Muhajirin. Di antara mereka terdapat Al Bara’ bin Malik Al-Anshary, dan beberapa pahlawan muslim lainnya.

Pasukan Khalid bertemu dengan pasukan Musailamah di Yamamah. Pertempuran segera terjadi tak dapat dihindar. Belum lama kedua pasukan itu bertempur, ternyata pasukan Musailamah lebih unggul. Mereka dapat mendesak mundur pasukan Khalid dari posisinya, hingga pasukan Musailamah berhasil menyerbu sampai ke perkhemahan Khalid bin Walid dan menghancurkan perkemahan itu. Bahkan isteni Khalid nyaris terbunuh ketika itu, seandainya tidak diselamatkan pengawal.

Melihat situasi yang tidak menguntungkan, Khalid melompat ke tengah-tengah pasukannya dan mengubah susunan pasukan. Kaum muhajirin, kaum Ansar, dan prajurit yang terdiri anak-anak desa dipisah-pisahkannya mengikut kelompok masing-masing. Tiap-tiap kelompok dikepalai salah seorang dari kelompoknya sendiri. Dengan begitu Khalid dapat mengetahui kesanggupan masing-masing, serta mengenal pasti di mana letak kelemahan tentera muslimin.

Kini kedua pasukan berbuku-hantam dan tebas-menebas dengan sengit dan mengerikan. Kaum muslimin memperlihatkan kemampuan yang belum diperlihatkannya daripada tadi.

Tentera Musailamah bertahan di medan tempur bagaikan gunung, kukuh dan kuat. Mereka tidak peduli walaupun korban banyak jatuh di pihak mereka. Kaum muslimin memperlihatkan keberanian luar biasa, yang kalau dihitung-hitung sesungguhnya merupakan peristiwa yang sangat mengerikan.

Tsabit bin Qais yang memikul bendera Ansar. Dia melilit tubuhnya dengan kain kafan kemudian digalinya lubang setinggi betis. Lalu dia turun ke dalam lobang itu. Dia bertahan di lubang itu mengibarkan bendera kaumnya sampai tewas sebagai syahid.

Zaid bin Khattab, saudara ‘Umar bin Khattab r.a., memanggil kaum muslimin, “Wahai kaum muslimin, bertempurlah dengan gigih! Tewaskan musuh-musuh kalian dan terus maju. Wahai manusia! Demi Allah! Saya tidak akan berbicara lagi sesudah ini sampai Musailamah dihancurkan, atau saya syahid menemui Allah. Saya akan perlihatkan kepada Allah bukti bahwa saya betul-betul syahid.’

Kemudian dia maju menyerang musuh, bertempur sampai tewas sebagai syahid.

Lain pula dengan Salim maula Abu Hudzaifah, pembawa bendera kaum Muhajirin. Kaumnya khuatir dia lemah atau takut. Kata mereka kepada Salim, “Kami sangsi dengan keberanian Anda menghadapi musuh.”

Jawab Salim, “Jika kalian sangsi terhadap saya, biar saya menjadi pembawa bendera Al Quran.“

Kernudian dia menyerbu musuh-musuh Allah dengan berani sehingga Ia tewas pula sebagai syahid.

Tetapi kepahlawanan mereka belum seberapa dibandingkan dengan kepahlawanan Al Bara’ bin Malik r.a. Ketika Khalid melihat api pertempuran semakin berkobar, dia berpaling kepada Al-Bara’. Kata Khalid memerintah, “Kerahkan mereka, hai pemuda Ansar!

Al-Bara’ berteriak memanggil kaum Ansar, ‘Wahai kaum Ansar, Jangan kalian berfikir-fikir hendak kembali ke Madinah. Tidak ada lagi Madinah sesudah hari ini. Ingatlah kepada Allah semata-mata. . kemudian kepada syurga.”

Sesudah berkata begitu dia maju mendesak kaum musyrikin, diikuti prajurit Ansar. Pedangnya menari lincah menebas musuh-musuh Allah. Melihat prajuritnya banyak berguguran, Musailamah dan kawan-kawan menjadi gentar. Kerana itu mereka lari berlindung dalam sebuah perkebunan. Kebun itu kemudian terkenal dalam sejarah dengan nama “Kebun Maut”, kerana banyaknya manusia yang terbunuh dalam kebun itu.

Kebun maut itu adalah tempat lari terakhir bagi Musailamah dan tenteranya. Pagarnya tinggi dan kukuh. Musailamah dan puluhan ribu tentaranya mengunci pintu rapat-rapat dari dalam. Mereka bertahan dalam kebun itu seolah-olah dalam benteng. Dari puncak pagar mereka menghujani kaum muslimin yang berusaha masuk kebun dengan panah.

Kata Al-Bara, “Angkat saya dengan galah dan lindungi saya dengan perisai dan panah-panah musuh. Sesudah itu lemparkan saya ke dalam kebun dekat pintu. Biarlah saya syahid untuk membukakan pintu bagi kalian.”

Dalam sekejap masa sahaja Al-Bara’ sudah berada di atas sebatang galah. Tubuhnya ringan, kerana badannya kurus kecil. Sepuluh orang pemanah melemparkannya ke dalam kebun maut. Al-Bara’ meluncur di atas ribuan tentara Musailamah. Kehadirannya menyebabkan mereka ngeri bagaikan disambar petir. Sementara itu Al-Bara’ sudah berhasil memukul tewas sepuluh orang penjaga pintu. Al-Bara’ segera membukakan pintu bagi kaum muslimin. Namun begitu Al-Bara’ tak luput dari sentuhan pedang dan goresan panah yang menyebabkan sembilan buah luka menganga ditubuhnya.

Kaum muslimin tumpah ruah menyerbu ke dalam kebun maut.. Pedang mereka berkelibat di tengkuk orang-orang murtad. Lebih kurang dua puluh ribu orang korban yang tewas di pihak mereka termasuk pemimpin mereka, Musailamah Al-Kadzab.

Al Bara’ segera dinaikkan kawan-kawannya ke atas kenderaan untuk diubati. Sebulan lamanya Khalid merawat dan mengubati Al Bara’ sampai dapat menyembuhkan luka-lukanya. Dia memuji dan bersyukur kepada Allah yang telah memberi kemenangan bagi kaum muslimin.

Al Bara’ bin Malik Al-Ansary sangat merindukan kematian sebagai syahid. Dia kecewa kerana gagal memperolehnya di Kebun Maut. Maka sejak itu dia selalu menceburkan diri dalam peperangan untuk mencapai cita-cita besarnya, dan kerana rindu hendak segera bertemu dengan nabinya yang mulia.

Ketika perang penaklukan kota Tustar di Persia, tentera Persia berlindung dalam sebuah puri. Puri itu merupakan benteng yang kukuh bagi tentera Persia . Temboknya tinggi, besar, pintu-pintunya kuat dan kukuh. Kaum muslimin mengepung dengan ketat. Setelah mereka terkepung begitu lama, akhirnya mereka mendapat kesulitan. Mereka menghulurkan kait-kait besi yang panas membara dari puncak pilar untuk mengait tentera muslimin. Tentera muslimin yang terkait mereka angkat ke atas, adakalanya langsung tewas atau setengah tewas.

Dalam perang Tustar inilah dia berdo’a kepada Allah semoga dia diberi rezeki sebagai golongan syuhada. Allah memperkenankan do’anya.

Saudara kandungnya Anas bin Malik terkait oleh pengait berapi itu. Ketika Al Bara’ melihat saudaranya terkait, dia melompat ke dinding benteng dan melepaskan pengait dari tubuh saudaranya. Tangan Al Bara’ terbakar dan melepuh memegang pengait yang panas membara. Tetapi dia tidak peduli asal saudaranya lepas dari pengait itu. Kemudian dia berhasil turun dengan jari-jemari tangannya tanpa daging.

Perang kali ini dia syahid menemui Allah dengan senyum bahagia. Semoga Allah menjadikan wajahnya begemerlapan di syurga, menemani Nabinya. Amin!

Thursday, 6 October 2011

Wasiat pakcik yang disayangi fillah

Saudaraku,

Janganlah engkau putus asa krn putus asa bukanlah akhlak seorg muslim. ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dlm jiwa masyarkt kita, meski fenomena2 kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. yg lemah tdk akan lemah sepanjang hidupnya dan yg kuat tdk akan selamanya kuat.

Allah s.w.t berfirman,
"Dan Kami hendak memberi kurnia kpd org2 yg tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka org2 yg mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka du muka bumi dan akan Kami perlihatkan kpd Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yg selalu mereka khawatirkan dari mereka itu." [Al-Qasas-5-6]

Putaran waktu akan memperlihatkan kpd kita peristiwa2 yg mengejutkan dan memberikan peluang kpd kita utk berbuat. Dunia akn melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yg dpt menyembuhkan umat dari rasa sakit yg tgh dideritainya. Setelah itu tibalah giliran kita utk memimpin dunia, krn bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kpd kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.


Bersiap dan berbuatlah. Jgn menunggu datangnya hari esok, kerana boleh jadi engkau tdk boleh berbuat apa2 di esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tdk boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, krn kita memang tdk mengenal kata "berhenti" dlm berjihad.

Allah s.w.t berfirman
"Dan org2 yg berjihad utk (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jln2 Kami." [Al-Ankabut:69]

Hanya Allah-lah Dzat Yang Maha Agung , bagi-Nya segala puji.

-WASIAT HASSAN AL-BANNA-