Ya Rabb..Diri ini milik-Mu
Showing posts with label Kembara hidup. Show all posts
Showing posts with label Kembara hidup. Show all posts

Thursday, 30 May 2013

Jika Dakwah ini Sebuah Career

Bismillahirrhamanirrahim..

Kalaulah kerja dakwah ini dikira sebagai sebuah career, 
rasanya cereernya sabagai seorang da'ei sedang di ambang kejatuhan..
Mungkin menanti masa utk melepaskan jawatan itu atau menunggu saat diterminate terus..

tapi kejatuhan itu bukan disebabkan gagalnya dia utk naik pangkat atau naik ke gred/level yg lebih tinggi.
tapi kejatuhan ini  dirasakan kerana gagalnya dia utk terus menjadi da'ei yg produktif..
Semakin lama semakin gagal utk mencetak dan membina kader2 baru..
Semakin gagal utk menyebarkan fikrah yg satu masa dahulu begitu mendarah daging dlm dirinya
Semakin sukar utk memandang masa depan, semuanya semakin kabur..

Sukar utk menerangkan perasaannya ketika ini..
Perasaan kecewa seorg yg menggelar dirinya da'ei..
Apalah yg mampu dilakukan lagi jika kekecewaan sudah seperti menelan semua semangatnya..
Apalah lagi yg boleh diharapkan padanya..
Dia kini hanya menanti ketentuan datang, tiada lagi yg diistilahkan sebagai menongkah arus..

Bukan dia mahu menjadi seperti da'ei yg kecewa kerana peringatannya tidak diendahkan, 
lalu akhirnya ditelan ikan nun..
Kecewanya bukan atas sebab yg sama seperti da'ei itu..
Ah! Sukarnya utk menerangkan kekecewaan yg lahir di atas kesilapan diri sendiri..


************************

Tapi,
Harapan masih ada, selagi dia berbaik sangka dgn Allah.
Semoga dgn Allah mencampakkan dia di sini, bukan utk menjatuhkan career dakwahnya
tapi utk dia terus belajar dan meyakini ketika tiada siapa2 yg boleh membantu, ketika tiada yg memahami, 
ALLAH SENTIASA ADA!

Jgn berhenti menongkah arus!





Tuesday, 17 August 2010

Open ur eyes

Kebanyakan muslim pd hari ini sibuk dgn urusan dunia dan lalai drp b'ibadat kpd Allah s.w.t dan dan m'taati perintah-Nya. mrk spt sekumpulan manusia yg sedang tidur nyenyak. di sebelah mrk t'dpt api yg marak menyala dan akn m'bakar mrk sekiranya mrk masih lg tidur.

dikalangan manusia yg sedang nyenyak tidur, t'dpt mrk yg tdk tidur dan menyedari apa yg b'laku di sekeliling, ttpi tdk mampu memadamkan api yg sedang m'bakar. ketika itu kewajipan mrk ialah segera m'bangunkn manusia yg nyenyak tidur spy setiap mrk menyedari keadaan masing2 dan m'jauhkn diri drp api. sebarang usaha utk m'peringtkn mrk yg tidur dr bhy api akn m'jd sia2, jika dilakukn sebelum mrk t'jaga dr tidur. mrk tdk akn m'taati dan m'dgr peringatan itu krn mrk sedang nyenyak tidur. jd mrk mestilah dibangunkn t'lebih dahulu barulah diberikn peringatan.

dlm byk kes, ketika m'bangunkn org yg nyenyak tidur, mrk tdk mahu bgn krn sedang enak tidur dan tdk mahu diganggu. ini krn dia masih lg tidur dan belum sedar. jika dia benar2 sedar dr tidurnya dan melihat api yg sedang m'bakar, nescaya dia b'segera menyalamatkan diri. kata2 bahawa dia tlh sedar tdk boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti dgn tindakan m'jauhkan diri dr api itu.

demikianlah sikap da'ei t'hadap mad'unya (org yg diseru). dia mesti b'sabar di dlm usahanya menyeru mrk kpd islam. dia mesti sanggup m'hadapi tindak balas mad'unya spt p'buatan jahat dan cercaan. dia mesti m'harapkn balasan usahanya drp Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad (saw). Baginda menyeru manusia dan t'dedah kpd gangguan dan cercaan. baginda tetap b'sabar dan terus meneruskn dakwah sambil b'doa, yg b'maksud: "Wahai Tuhanku! berilah hidayah kpd kaumku krn sesungguhnya mrk tdk mengerti.

di dlm pengertian ini ASHAB b'kata :

"jadilah kamu ketika menyeru manusia spt pokok buah2an. mrk m'balingnya dgn batu, dan dia m'gugurkn buah kpd mrk."

org2 disekeliling kita, ramai yg di ant mrk yg hidup jauh dr syariat islam. yg hobinya adalah tgk wayang, menulis novel2 cinta, tgk cerita korea dan mengumpul setem. yg byk dr masanya digunakn utk mengumpul harta. yg matlamat hidupnya hanya t'batas utk diri sendiri dan keluarga shj. atau matlamatnya hanya utk m'dpt grade yg baik dlm exam. atau mungkin juga utk m'dptkn kerja yg hebat. yg idolanya adalah org2 besar dan hebat di mata manusia. yg kata2 nya hanya spt perbualan kanak2 kecil ataupun spt buih2 di pantai. semua ttg dunia. di mana diletakkn akhirat itu?

tapi sy tahu, tdk boleh utk menyalahkn dan m'hukum mrk. mana mungkin utk membetulkn mrk selagi mrk masih lg tidur. sy juga pernah begitu lena dahulu. tp Allah dgn rahmat dan kasih sayangnya yg tlh m'hantar seseorg utk mengejutkn sy, memberi kekuatan utk sy m'jauh sedikit demi sedikit dr api yg sedang marak m'bakar. sedih apabila melihat masih ramai lg yg tdk mahu bangun dan masih mahu melayan tidurnya. pasti krn kurangnya usaha utk mengejutkn mrk. pasti masih byk karat2 jahiliyyah dlm diri ini hingga ada hijab yg menutupi di antara sy dan mrk. atau krn hati ini yg masih kotor agaknya. mana mungkin hati yg kotor mampu utk menyentuh dan menembusi hati org lain. astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.. atau akhlak yg masih tdk mampu mengikut akhlak Rasulullah, da'i dan murobbi yg luar biasa. Seorg da'i itu seharusnya m'jd spt magnet yg mampu menarik logam2 disekitarnya.

Rasulullah, dgn akhlaknya yg sgt indah itupun, masih ramai yg tdk mahu mengakui islam yg dibawanya. hanya 313 yg mengikuti setelah 13 tahun seruannya di Makkah. tp ternyata bilangan kecil yg dikumpulnya ini bkn sekadar angka2 kosong shj. 313 inilah, dgn matlamt hidup yg jelas, keimanan yg m'dalam t'hadap Allah yg tlh b'sama2 Rasulullah utk menabur benih2 islam. B'mula dgn individu2 ini, mrk melahirkan keluarga dan masyarakt islam. kemudian, berjaya m'bina sebuah negara islam di Madinah, kemudian kerajaan islam, empayar islam. dan akhirnya islam membina tamadun pd zaman pemerintahan Abassiyah. Perjuangan ini mengambil masa 600 tahun, benar2 jln yg sgt panjang. Rasulullah dan para sahabat sudah tdk ada lg ketika islam di puncak kegemilangan, tp kegemilangan itu tdk akn ada tanpa usaha baginda.


Baginda menyeru kpd islam krn cintanya kpd umatnya, krn hanya islam yg mampu m'beri kebaikan kpd umatnya. Tidak sanggup melihat umatnya terus tidur, sedang api marak m'bakar mereka. Tiada masapun utk memikirkn diri sendiri!!

Hari ini, zaman kegemilangan itu sudah tdk lg dirasai. zaman ketika islam memerintah dunia. atau mungkin kita tdk pernah tahu islam pernah m'jd 'world order' suatu masa dahulu. Bukalah mata hati. Sunnatullahnya, sejarah akn b'ulang. dan kita sedang mengulang sejarah. akn tiba suatu masa, islam subur kembali memerintah dunia. Janji Allah itu pasti berlaku!! Adakah kita hanya ingin melihat atau kita ingin turut serta di ats jln yg pernah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabt?

"sekiranya (yg kamu serukn kpd mrk) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan p'jalanan yg tdk berapa jauh, niscaya mrk mengikutimu, ttpi tempat yg dituju itu terasa sgt jauh bg mrk..." [at-taubah:42]

Dan siapakah yg lbh baik p'kataanya drp org yg menyeru kpd Allah dan mengerjakn kebajikan dan b'kata, "sungguh aku t'masuk org2 muslim (yg b'serah diri)"? [Fussilat:33]

Tidak tahu di mana dan bila benih2 islam itu akn mula b'cambah. yg pastinya, b'bahagialah org2 yg tlh menabur benih itu. Allahu'alam.

*************************************************************************************

Perkogsian lagi. Ayat2 dlm artikel ini ada yg dipetik drp buku "Dakwah Fardiyah" yg ditulis oleh Syeikh Mustapha Masyhur.

Tuesday, 16 March 2010

Bantu aku Tuhan

Mlm td aku menasihati mereka..berbincang dgn mereka tentang nasihat..nasihat perlu mengandungi 5 ciri ini..klu xde 5 ciri ni, tidak dikatakan nasihat!!
1- niat yg ikhlas
2- membersihkan
3- mengislahkan
4-
5- menjaga ukuwwah

dan pagi ini aku diuji sendiri dgn apa yg aku katakan..aku sedar, aku tlh gagal dlm ujian-Mu Ya Allah..seringkali aku melakukan sesuatu yg bertentangan dgn apa yg aku katakan..Astaghfirullah3x

"wahai org2 yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tdk kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tdk kamu kerjakan."
(ass-saff:2-3)

ketika kita mengingati mereka, ingatlah mulut yg berkata2 itu akan lebih di tanya di akhirat kelak!!
Ya Rabbi, tuntunilah aku, kurniakanlah kebenaran dlm setiap perbuatan dan percakapanku..


++beratnya amanahmu Tuhan++

Tuesday, 26 January 2010

Nikmat dan syukur

..Hidup ini ibarat roda..adakalanya kita di atas, adakala kita di bwh..




Tahun 2010 mungkin merupakan satu revolusi baru dlm pekerjaan saya.. setelah setahun lebih bekerja, saya tlh pun dinaikkn pangkat.. syukur pd Allah.. w'bgimanapn, rasanya sy belum cukup bersedia utk memikul tngjwb yg besar ini.. apa tidaknya, tlh biasa menjd org bawahan dan mengikut shj kemahuan org lain.. pesanan bos yg tdk mungkin dilupakan adalah, "lepas nih da jd ketua, xboleh main2 lg" dan satu lg "ketua kena ade style".. pesanan pertama insyaAllah mudah sj bg sy, tp pesanan yg kedua agk sukar utk dipraktikkn memandangkn sy yg paling muda di sini..haih, ape sajelah kn..

jika dulu ketika berada di bwh dan berasa sedih apabila dibuli, hati sentiasa mengingati Allah..
bagaimanalah agknya sy selepas ini..takut hati ini menjd rosak dgn nikmat dunia yg sementara ini..

Ya Allah, sungguh aku tdk biasa berada di ats.. aku takut kedudukanku membataskn hubunganku dengan-Mu..Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yg lbh tahu apa yg terbaik utk hamba-Mu.. Jadikanlah kesenangan ini membuatkn bertambah2 rasa syukurku kpd-Mu..

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agr tdk ku kesesatan
dr jln syurga-Mu yg diidamkn
krn tdk ku terdaya menahan siksa neraka
layakkah pula aku utk ke syurga
Aku hanya hamba yg diciptakn dgn kelemahan
seringkali daku terlupa seringkali jua daku terleka
oleh nikmat-Mu yg mencurah di dpn mata


"dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yg sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
(Ar-Rum:64)

Monday, 4 January 2010

ini jalanku~

KETIKA MEREKA MENJALANI PELBAGAI JALAN MEREKA
KITA MENYUSURI JALAN KITA
JALAN PARA RASUL DAN NABI-NABI
JALAN DAKWAH
*****
Pertama kali sy menyambut tahun baru dlm keadaan begini..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Teringat mlm 31/12/2009 itu, highway kelihatan sgt sibuk, berada di tgh2 kenderaan yg byk, membuatkn sy berfikir, kemanakah tujuan mereka?mungkin juga ramai yg ingin meraikan thn baru..ketika itu juga kelihatan percikan bunga api menghiasi langit..wahh, mereka sedang bergembira menantikan kedatangan thn baru..
*****
Aku meneruskan perjlnan, insyaAllah destinasi yg tdk sama spt mereka..terlalu asing rasanya..tp itulah hakikatnya, "islam itu dtg dlm keadaan ghurobaa'(asing), dan akan kembali asing, beruntunglah org2 yg asing" (hadith)
*****
Ya Allah saksikanlah, ketika mrk sibuk di sana, kami di sini juga sdg sibuk mencari redha-Mu..dan Ya Allah, kami tahu di luar sana masih ramai yg mahu mendengarkn ayat2-Mu..
*****
2 b continue..

Friday, 25 December 2009

INI JALANKU~


Syukur yg tidak terhigga krn sehingga hari ini sy masih diberi nikmat2 drpd Allah yg tdk terhitung banyaknya.. Tp nikmat yg terbesar harus disyukuri ialah nikmat iman dan islam itu.. Nikmat iman yg sebenarnya hanya sy perolehi sejak 2 tahun kebelakangan ini.. Masih teringat detik2 'perkenalan semula' dengan-Nya, ketika itu hati ini merasa terlalu dekat dgn-Nya.. Sungguh, sy merindui perasaan ketika itu.. Terima kasih Ya Allah krn sehingga hari ini, Engkau masih memilihku utk hidup di bwh bayangan sinar islamMu, di bwh bayangan al-QuranMu..

Tanggungjwb yg dipikul semakin berat.. Apa tidaknya, jika sebelum ini, hidup hanya berkisar kpd kehidupan peribadi sbg seorg pelajar, seorg anak, atau sahabat.. Sehigga terlupa bahawa tujuan hidup ini lbh besar dan penting dprd itu.. Tugas sbg khalifah dan hamba-Nya.. Solat, puasa, zakat dan haji belum cukup utk menunaikan 2 tanggungjwb besar ini.. Tanggungjwb yg akhirnya membuatkan Allah mengangkat darjat manusia menjd lbh tinggi dpr makhluk ciptaannya yg lain bahkan lbh tinggi drp para malaikat-Nya.. Tanggungjwb yg akhirnya membuatkn syaitan berjanji utk terus memusuhi Adam dan keturunannya hingga ke hari kiamat..

Dan ingtlah ketika TuhanMu berfirman kpd para malaikat, "Aku hendak menjdkan khalifah di bumi." Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjdkan org yg merusak dan menumpahkn darah di sana, sedangkn kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikn nama-Mu?'' Dia berfirman, " sungguh, Aku mengetahui apa yg tdk kamu ketahui."

Dan Dia ajarkn kpd Adam nama2 (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkn kpd para malaikat, seraya berfirman, " sebutknlah kpd-Ku nama semua (benda) ini jika kamu yg benar!"

Mrk mnjwb, "Maha Suci Engkau, tdk ada yg kami ketahui selain apa yg tlh Engkau ajarkn kpd kami. Sungguh Engkaulah yg Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."

Dia (Allah) berfirman,"Wahai Adam! beritahukanlah kpd mrk nama2 itu." Setelah dia (Adam) menyebutkn nama2nya, Dia berfirman, "Bukankah tlh Aku katakan kpdmu bhw Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yg kamu nyatakn dan apa yg kamu sembunyikn."

Dan (ingtlah) ketika Kami berfirman kpd para malaikat, "Sujudlah kamu kpd Adam!" Maka mkr pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkn diri, dan ia termasuk golongan yg kafir.

(Al-Baqarah:30-34)


Dan (ingtlah) ketika Kami berfirman kpd para malaikat, "sujudlah kamu semua kpd Adam", lalu mrk sujud, kecuali iblis. Ia (iblis) berkata, "Apakah aku harus bersujud kpd org yg Engkau ciptakan drp tanah?"

Ia berkata, "terangkanlah kpdku, inikah yg lbh Engkau muliakn drpd aku? sekiranya Engkau memberi waktu kpd ku sampai hari kiamat, pasti akn aku sesatkn keturunannya, kecuali sebahagian kecil."

(Al-Isra':61-62)


Ya Allah, Engkau tlh menyedarkanku drpd lena yg panjang, oleh itu izinkan aku menyedarkan mereka di luar sana agar mereka turut menyedari tanggungjwb ini.. Izinkan aku menyentuh hati2 mereka dgn ayt2-Mu, agar mereka turut merasa dekat dgn-Mu..
Bantulah aku krn sesungguhnya kekuatan itu dtg dari-Mu..
Tetapkanlah hatiku utk terus berada dijln-Mu
Amiin..


"...Ya Tuhan Kami, jgnlah Engkau condongkan hati kami kpd kesesatan setelah Engkau memberikn petunjuk kpd kami, dan kurniakanlah rahmat kpd kami dr sisimu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
(Ali-Imran:8)

Saya sedar, jln ini tidak dipenuhi taburan bunga2 ataupun hamparan karpet merah..
tp sy yakin, jln ini yg akn membawa sy ke syurga..
teringt ketika menghadiri satu daurah bersama seorg ustaz. Dia bertanya kpd kami yg hadir. "knpe awk semua ni dtg mlm nih? padahal xde pn offer cabutan bertuah yg best2..dtg pn kena naik bas/train..lbh baik dok relax2 kt umh/hostel..knpe nk susah2 cmni?"
hmm, sbb kita semua nampak reward yg lbh besar iaitu syurga Allah (",)..
tp bukan mudah utk memperoleh syurga itu krn ia memerlukan pengorbanan yg besar..
berkorban masa, harta, perasaan..

"Cukuplah Allah bg ku, tdk ada Tuhan selain Dia. Hanya kpd-Nya aku bertawakkal, dan Dia adlh Tuhan yg memiliki 'Arsy (singgahsana) yg agung. (At-Taubah:129)


*********************************************************************

Saturday, 24 October 2009

benar-benar kita telah terlupa

Lagu: Bingkai Kehidupan
Album: Hijrah
Artis: Shoutul Harakah

Mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat para pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa tuk berpangku tangan

setiap tetes peluh dan darah
tak akan sirna ditelan masa
segores luka dijalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan

Reff:
Allah ghaayatunaa
Arrasuul qudwatunaa
Al-quran dusturunaa
Al-jihaadu sabiilunaa
Al-maut fii sabilillah
Asma amaninaa

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Saya tidak ingat bila pertama kali sy mendengar lagu ini..barangkali sudah beberapa tahun yg lalu..tp liriknya hanya memberi kesan yg benar2 positif setelah sy menjalani kehidupan dlm 'dunia baru' ini..dunia seorang da'ei..dunia yg penuh dgn tarbiyyah..

**********************************************************************************

Kisah hidup manusia bermula di alam roh, kemudian alam rahim, kemudian manusia lahir ke dunia, kemudian setelah ia mati, ia akan melalui alam kubur dan seterusnya alam akhirat yg kekal abadi.. Lihatlah, bermula dr alam roh, manusia melalui beberapa kali 'persinggahan' sebelum menuju ke destinasi terakhirnya (akhirat). Itulah hakikatnya, dunia bukanlah tempat tinggal, tp hanya sebuah tempat persinggahan.. Di sini terlalu sebentar jika dibandingkan kehidupan di sana nanti. tapi mengapa manusia hari ini hidup di dunia seolah-olah mereka mahu terus menetap di disini?? Mungkinkah mereka terlupa bahawa perjalanan mereka belum sampai ke penghujungnya.. Begitulah, dunia ini benar-benar tlh berjaya melekakan mereka..

Ayuh semua saudaraku, sedarlah tujuan sebenar Allah menciptakan kita di dunia ini.. Tunaikanlah tanggungjwb kita sbg khalifah dan abid (hamba) kpd-Nya.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kpd para malaikat,"Aku hendak menjadikn khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjdkn org yg merusak dan menumpahkn darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan mensucikn namaMu?" Dia berfirman, "sungguh Aku mengetahui apa yg tdk kamu ketahui." (al-baqarah:30)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kpd-Ku.
(Az-zariyat:56)

oleh krn Dia mencipakan kita dgn 2 tujuan ini, maka cita2 kita seharusnya utk menjadi hamba dan khalifah Allah yg berjaya!! cita2 kita yg sebenarnya bukanlah utk menjd seorg doktor, engineer, chemist, artis atau apa shj spt yg dikatakan hampir setiap manusia pd hari ini..benar-benar kita telah terlupa..

mungkin ada yg tersalah erti kata2 sy di ats..bukanlah maksudnya kita tdk boleh menjadi doktor, chemist, guru atau apa shj..ttpi jika kita ingin menjadi seorg doktor, jadilah doktor yg boleh menyumbang kpd islam..agar apabila org2 bukan islam melihat kita, mereka turut merasa kehebatan islam itu..jika ingin menjadi seorg guru, jadilah guru yg dpt mentarbiyah anak2 murid kita, agr kehidupan mereka dkt dgn islam, bukannya sekadar mengajar matematik atau sains. Pendek kata, setiap yg kita lakukan semata-mata krn Allah dan agama islam ini..Jika kita sbg seorg pelajar, belajarlah bersungguh2 krn Allah, agar nanti kita menjadi muslim yg berilmu.. Begitulah seharusnya tugas kita- tugas seorg khalifah..makmurkanlah bumi Allah dgn cahaya islam..Didiklah manusia utk mengenal Penciptanya..seperti mana yg telah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabtnya suatu masa dahulu..

Mungkin kita benar-benar terlupa sebelum ini, ttpi masih belum terlambat utk menyedari kealpaan itu..kita masih mampu utk mengubah kekeliruan itu..semoga Allah memudahkan urusan kita utk mencari keredhaan-Nya..

**********************************************************************************

Benarlah, kita hidup di dunia ini hanya sbg seorg pengembara..kembara menuju destinasi akhirat yg sudah pasti..kembara menuju Allah..dan sudah tentulah di hujung pengembaraan nanti, kita ingin menemui syurga Allah yg seluas langit dan bumi itu..

Firman Allah;
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dr Tuhanmu dan mendapatkan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bg org2 yg bertaqwa" (al-imran:133)




++teruskan perjuangan krn Allah, sesungguhnya perjuangan seorg mukmin sejati tdk akn pernah berhenti selagi kakinya belum menginjak pintu syurga (Imam Ahmad b. Hambal)++