Bismillahirrhamanirrahim..
Kalaulah kerja dakwah ini dikira sebagai sebuah career,
rasanya cereernya sabagai seorang da'ei sedang di ambang kejatuhan..
Mungkin menanti masa utk melepaskan jawatan itu atau menunggu saat diterminate terus..
tapi kejatuhan itu bukan disebabkan gagalnya dia utk naik pangkat atau naik ke gred/level yg lebih tinggi.
tapi kejatuhan ini dirasakan kerana gagalnya dia utk terus menjadi da'ei yg produktif..
Semakin lama semakin gagal utk mencetak dan membina kader2 baru..
Semakin gagal utk menyebarkan fikrah yg satu masa dahulu begitu mendarah daging dlm dirinya
Semakin sukar utk memandang masa depan, semuanya semakin kabur..
Sukar utk menerangkan perasaannya ketika ini..
Perasaan kecewa seorg yg menggelar dirinya da'ei..
Apalah yg mampu dilakukan lagi jika kekecewaan sudah seperti menelan semua semangatnya..
Apalah lagi yg boleh diharapkan padanya..
Dia kini hanya menanti ketentuan datang, tiada lagi yg diistilahkan sebagai menongkah arus..
Bukan dia mahu menjadi seperti da'ei yg kecewa kerana peringatannya tidak diendahkan,
lalu akhirnya ditelan ikan nun..
Kecewanya bukan atas sebab yg sama seperti da'ei itu..
Ah! Sukarnya utk menerangkan kekecewaan yg lahir di atas kesilapan diri sendiri..
************************
Tapi,
Harapan masih ada, selagi dia berbaik sangka dgn Allah.
Semoga dgn Allah mencampakkan dia di sini, bukan utk menjatuhkan career dakwahnya
tapi utk dia terus belajar dan meyakini ketika tiada siapa2 yg boleh membantu, ketika tiada yg memahami,
ALLAH SENTIASA ADA!
Jgn berhenti menongkah arus!
"Dan tetaplah memberi peringatan, krn sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bg org2 mukmin" [Az-Zariyat:55]
Ya Rabb..Diri ini milik-Mu
Showing posts with label corat-coret hati. Show all posts
Showing posts with label corat-coret hati. Show all posts
Thursday, 30 May 2013
Monday, 2 July 2012
Wahai Pemuda
Teringat dulu masa mula-mula terjebak dengan usrah. Satu hari tu ke pasar malam dengan naqibah. Tak jauh nun kami nampak sekumpulan pemuda warga Myanmar (rasanya) tak pun Nepal kot tangah lepak-lepak di sekitar. Tiba-tiba naqibah saya cakap, kesiannya tenaga pemuda yang disia-siakan je. Saya yang masa tu tak berapa nak faham cuma cakap,
''kak, diorang bukannya orang Malaysia (Melayu) pun.''
"Yelah, bukan orang Malaysia (Melayu) pun, tapi diorang tetap orang islam kan?"
Berfikir-fikir jugaklah saya masa tu.
Tapi makin lama saya makin faham dan nampak apa maksudnya.
Tugas melaksanakan hak syahadah tu adalah tugas semua orang islam. Tak kira di mana pun dia berada. Semua orang islam perlu faham tanggugjawab ni. Tidak ada tanggungjwb dan kerja yang lebih utama selain untuk memastikan kalimah Lailahaillallah menjadi yang tertinggi sekali di muka bumi ini. TIDAK ADA!
Islam adalah negara dan tanah air. Oleh itu di mana sahaja negara yang ada umat islam, itu adalah tanah air kita. Di mana sahaja tanah yamg pernah menjadi naungan islam suatu masa dulu adalah tanah umat islam. [Usul 1 dalam Usul 20 IHAB]
Islam adalah ayahku. bila islam adalah ayahku, bermakna seluruh umat islam adalah adik2 beradikku. [kata-kata sahabat]
Wallahu'alam. Nak tulis banyak lagi. Mungkin lain kali, insyaAllah=)

Thursday, 3 May 2012
Semoga Allah melimpahkan barakah kepada mereka
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
"Semoga Allah memberkati kamu IMRA IHRAM & MOHD NAZRAN, dan melimpahkan berkat kpd kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dlm kebaikan."
14-4-2012
Alhamdulillah, dengan izin-Nya semua ini berlaku. Suatu masa dahulu dia tidak pernah tahu bahkan tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi isteri kepada lelaki itu. Sejak 4 tahun yg lalu, yang dia pinta pd Allah hanya seorang lelaki yg baik agama dan akhlaknya, yang akan menjadi imam dalam solatnya. Tidak pernah putus doa supaya lelaki itu juga bakal menjadi teman dlm 'perjuangan'nya. Hanya doa dan doa yang dia mampu, kemudian biarlah Allah yg 'memilih' siapa yg terbaik buat dirinya.Buat dia yang saya cinta kerana Allah, semoga dia memahami kehidupan yang bakal kami bina nanti mungkin tidak sama dengan org lain. Sejak dari mula lagi, perkahwinan ini hanya kerana Allah, tidak ada yang lebih utama selain dari Allah. Sedang dia adalah pemilik cinta saya selepas Allah dan Rasul.
Semoga kami saling meredhai dan semoga Allah juga redha kepada kami dan sesiapa sahaja yg bersama dgn kami (",)
Monday, 13 June 2011
Generasi untuk umat ini
Sebuah tulisan, bukan syair, bukan juga sekadar cerita tetapi sebuah TAUSIYAH
***
Kita generasi yang lahir dari rahim tarbiyah..
Generasi yang lahir utk melakukan kerja-kerja besar.
Tidak lagi disibukkan dengan hal-hal murahan dan remeh..
Ya, generasi yang mencerai dunia langsung dengan talak tiga..
Kita belajar utk umat..
Kita bekerja juga untuk umat..
Kita rasa bagaimana MANISNYA BERKORBAN UNTUK UMAT INI..
Kita SEMAKIN DEKAT DENGAN ALLAH TA'ALA saat ujian semakin berat..
Ketika cubaan kian berat, dan pasukan musuh semakin banyak..
Maka HATI SEMAKIN SUJUD KEPADA TUHANNYA..
Langkah kaki kita makin tersusun..
Barisan saf kita semakin kukuh..
Hati-hati kita tidak lagi ragu gentar, yang tinggal hanya keyakinan..
Mengharap janji Tuhan Yang Maha Pengasih..
Untuk menang dan hidup mulia..
Atau syahid dan mendapat syurga..
Mari kita contohi mereka yang terdahulu dari kita..
Generasi terbaik umat Muhammad Rasulullah..
Apakah anda tidak pernah dengar perkataan Khalid bin Walid r.a,
"Aku lebih menyukai malam yang sangat dingin dan bersalju,
di tengah2 pasukan yang akan menyerang musuh pada pagi hari,
Daripada malam aku mendapat pengantin yang aku cintai atau aku diberi khabar kelahiran anak laki-laki." (riwayat Ibnu Al-mubarak dan Abu Nu'aim)..
Anda lihat, ketika Haram bin Milhan r.a ditusuk dengan tombak,
Tombak diambil dari tubuhnya, dan ia melihat darah memancur dari tubuhnya,
ia malah berkata, " Demi Allah aku beruntung." (Bukhari, Muslim, Ahmad)..
Kerana kecintaan kepada jihad, menikmati kematian, luka dan penat di jalan Allah,
Salahuddin Al-Ayubi tidak meyukai kehidupan di istana dan kemewahan,
Sebaliknya lebih suka kehidupan di khemah dan padang pasir,
Untuknya para sejarawan mengatakan, "setiap perbicaraan Salahuddin Al-Ayubi pasti berkisar tentang jihad dan mujahidin,
Ia selalu melihat senjatanya dan lebih senang hidup di khemah, di padang pasir.
Atau, mari kita perhatikan kisah ini..
Ketika mendengar Rasulullah saw bersabda di Perang Badar, bahawa Allah memasukkan orang syahid di jalan-Nya ke syurga,
Umair b. Al-Hamman berdiri seraya berkata,
"Wahai Rasulullah, syurga yang luasnya seluas langit dan bumi?"
Rasulullah bersabda, "Betul".
Umair lalu berkata, "Hebat! Hebat!"
Rasulullah bersabda, "kenapa engkau berkata hebat!hebat!?"
Umair bin Al-Haman berkata, "Wahai Rasulullah, aku berkata seperti itu dengan harapan bisa menjadi penghuni syurga."
Rasulullah saw bersabda, "engkau penghuni syurga."
Setelah itu, Umair mengeluarkan beberapa kurma dari tabungnya, memakannya lalu berkata,
"Jika aku hidup untuk makan kurma2 ini, maka itu terlalu lama."
Lalu, ia buang kurmanya dan bertempur hingga terbunuh. (Riwayat Muslim dan Malik)..
Mereka telah menikmati jalan kebenaran dan merasakan manisnya..
Mereka telah mendapati janji Allah itu sesuatu yang pasti..
***
Allahu'alam
[Terasa hati telah mula dijangkiti virus-virus wahan.. Duhai hati bertahanlah, engkau tidak lemah, cuma engkau sedang diuji sedikit.. TT_TT..huwaaa..isk..isk..sob..sob..]
Wednesday, 17 November 2010
Jangan Ragu, Jangan Futur!!
Ketika hati terasa sedikit futur, ruh jihad terasa makin pudar, ketika itu Allah memberi peringatan melalui kiriman email seseorg di dlm inbox saya. Tidak putus2 rahmat-Mu Tuhan, seperti hujan yg turun mencurah2 dr langit-Mu!!
Jazakillahu khairan katheera sis http://narawastuilmu.blogspot.com
***********************************************************************************
Tidak sedikit orang yang bertanya kepadaku tentang masa depan usrah kita. Betapa ramai orang yang awalnya ragu-ragu, lama-kelamaan meninggalkan jalan ini dan akhirnya berjuang untuk menghancurkan binaan dakwah yang telah dibina sejak sekian lama. Mereka lupa binaan ini bukan sekadar binaan sebuah jamaah kampung, tetapi inilah intisari ummah, jamaah islam seluruhnya.
Ramai juga yang merasakan perjuangan ini suatu yang sia-sia. Tatkala saudara-saudara Tabligh siang malam mereka melaksanakan gash dari pintu ke pintu. Saudara Hizbi kita setiap masa mereka penuh dengan mesyuarat dan program, malah memimpin perjuangan di medan. Begitu juga Saudara Salafi kita yang membaca beratus-ratus, malah beribu-ribu kitab, seterusnya menulis ribuan artikel. Kita masih berjumpa sekali seminggu, sekali sebulan.
Mungkinkah usaha kita yang 'slow' lagi 'sedikit' ini membuahkan impak maksima yang kita idam-idamkan? Mampukah kejayaan islam itu mengalir dari celah-celah jari orang-orang yang begitu kecil usahanya?
Aku juga pernah meragui, aku juga pernah sangsi terhadap apa yang kita lakukan ini. Risau bukan kepalang yang semua yang kita lakukan ini, jikalau dalam kesesatan, maka segalanya akan sia-sia, bahkan mengundang neraka. Sehinggalah aku dalam kegembiraan, menemui ayat ini:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat baik ".
( Surah al Ankabut : 69 )
Ikhlaskan niat dan berjuanglah. Berjuang, berjihad dengan sesungguh-sungguh jihad. Allah tidak akan menzalimi hambaNya yang beriman, bertaqwa kepadaNya. Janganlah ragu-ragu selagi kita benar-benar ikhlas menuntun di atas jalan ini. Petunjuk itu pasti akan dianugerahkanNya. Malah Allah tidak akan mensia-siakan ketaqwaan kita.
Dari masa ke masa, muhasabahlah setiap langkah kita itu. Jangan biarkan diri kita menyembah selain Allah. Jadilah insan yang benar-benar rabbani, yang menjadikan segala-galanya bersumberkan dan bermatlamatkan Allah. Pastikan segala apa yang kita serap dan hadam itu, benar-benar islam, dan akhirnya pastikan ia tidak tamat sekadar dalam halaqah sementara itu sahaja.
Tarbiyyah kita, bukan sekadar untuk meramaikan. Apa gunanya badan gemuk (besar), tetapi menderitai banyak penyakit?
Tarbiyyah kita adalah untuk setiap individu (afrad) dalam jemaah ini. Apa yang kita harapkan hasil pertemuan-pertemuan itu, bukan sekadar amal, tetapi harapannya lebih besar lagi.
Kita harapkan, dari pertemuan itu, akan terjadinya perubahan.
Perubahan, dari sekadar tahu, kepada faham. Daripada sekadar sekadar faham setiap minggu, kepada lahirnya perubahan amali setiap individu. Daripada beramalnya individu itu setiap hari, akhirnya mampu membuatkan ia menjadi fikrah yang bermain-main dalam fikirannya, tindak-tanduknya setiap masa, menjadi ad-deen sepenuhnya.
Al-akh (afrad) bukan sekadar menjadikan fikrah itu berlegar dalam fikiran, perasaan dan nota-nota hidupnya, malah islam yang dipelajari itu, akan melimpah-limpah ke sekelilingnya. Ia akan mewarnai setiap amal perbuatannya, setiap tutur katanya, malah melalui sinar matanya.
Akhirnya, al-akh menjadikan hidupnya untuk berdakwahkan fikrah ini kepada semua orang di sekelilingnya. Ia dengan sepenuh niat ingin membumikan dakwah islam ini ke seluruh masyarakat, bangsa, negara dan dunia ini. Hingga akhirnya ia sanggup membayar perjuangan ini dengan apa sahaja.
Ia berjuang untuk akhirnya fikrah islamnya itu memenangi setiap pertarungan dengan musuhnya. Ia mahu hanya Allah menjadi matlamat semua manusia, dan al-akh sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapainya.
Ia sanggup menggadaikan hartanya, kereta, rumah, pekerjaannya, akademiknya, keluarga, segala-galanya... hinggalah, malah sanggup menggadaikan nyawanya sendiri.
Ia sedar, tanpa pengorbanan total itu, mustahil akan tertegaknya hakimiyyah ilahi. Selagi darah masih terasa mahal, maka ummat ini masih jauh dari kemenangan dan kemuliaan. Maka mereka menawarkan darah mereka, untuk menyirami pusara-pusara jahiliyyah.
Ya, tarbiyyah kita menawarkan hijrah. Ia bukan suatu permainan yang sia-sia.
Kita memahami sunnatullah perasaan dan hati insani, yang memerlukan masa untuk akhirnya dapat melaksanakan hijrah dalam dirinya, hingga akhirnya islam mengalir 100% dalam dirinya. Usrah kita, setiap perjumpaan kita itu adalah untuk ke arah itu. Walau seperlahan mana sekalipun, yang penting adalah pembaikan.
Ikhwah akhawat sekalian,
Maka sedarlah kita semua, bahawa perubahan itu tidak akan berlaku jika kita masih lagi sama. Jika kita masih liat untuk merubah diri kita.
Dan sedarlah betapa pentingnya pertemuan itu untuk melahirkan perubahan itu. Perubahan sehingga kita akan mati kerana apa yang kita perjuangkan. Kita bukan sekadar mati dalam syahadah tetapi mati kerana syahadah yang kita lafazkan. Sepertimana semua para sahabat yang menegakkannya di medan jihad. Sepertimana Hasan Al-Banna dan Syed Qutb yang meraihnya.
Apa yang kita akan dapat setiap minggu itu yang akan menjadi punca mati kita. Setiap tafsir, hadis, sirah, buku yang disyarahkan; itu lah yang membunuh kita. Kita akan mati kerananya. Bukankah ia lebih berharga daripada nyawa kita sendiri?
Berhentilah tidur dalam pertemuan itu. Berhentilah terleka, terlupa untuk bersedia menghadapinya. Apatah lagi ponteng untuk menghadirinya!
Kalau kita benar-benar serius untuk syahid dan menggapai syurga.

Thursday, 13 May 2010
Hati tarbiyah
"Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati"
(riwayat Bukhori dan Muslim)
Hati ibarat raja sedangkan anggota tubuh adalah askar2nya..beruntungnya org2 yg hatinya tlh ditarbiyah dan diisi dgn islam..
Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersilap, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yg hakiki..kalau hati itu bersih..
Hati yg dibasahi tarbiyah adalah hati yg sentiasa mengingat Allah dlm setiap hembusan nafasnya..bila ingin melakukan sesuatu, Allah menjadi matlamat utamanya..
"Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya". ( Surah al-Kahfi: ayat 110).
apabila dibacakan ayt2 Allah (al-quran) maka hati itu menjadi gementar lantaran keimanannya..
"orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka." ( Al-Anfal :2)
bila disebut tentang syurgaNya, hati itu rindu utk ke sana.. keimanannya akn syurga Allah yg membuatknnya seolah2 melihat dunia spt tidak bernilai jika dibandingkan kehidupan di dlm syurga..itulah hati yg zuhud dgn kehidupan dunia..
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warna-nya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (QS. Al Hadiid, 57: 20)
Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (QS. Al-A'laa, 87: 16-17)
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami. (QS. Yunus, 10: 7)
Hati2 inilah dgn rasa rendah, menginfakkan semua pinjaman Allah, hartanya, tenaganya, masa rehatnya, umurnya hanya utk agama Allah.. hati yg menyerahkan segala urusan dunia kpd Allah..dan mereka tdk merasa rugi sedikitpun..Percaya Allah adalah perancang yg terbaik..
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Hati yg merasa lapang apabila di ajak berjihad ke jalan Allah..
Sekeping hati yg bersih, melihat org2 disekelilingnya dengan kasih sayang.. Lantaran syg itulah, dia ingin menyantuh hati2 mereka agar kembali mengingati Allah..Hati itu tlh dididik utk sentiasa ikhlas dlm setiap kerjanya..
Yang ada dalam hatinya hanyalah Allah..dia mahu melihat kalimah Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah tertegak di atas muka bumi ini..
Hati yg sentiasa berdoa memohon redha Allah dan mendoakan org2 disekililingnya..
Hati yg sensitif dengan maksiat dan pergaulan bebas..
Hati yg sentiasa memohon perlindungan Allah lantaran sedar bahawa dia tdk mampu menjaga dirinya sendiri tanpa petolongan Allah..
Hatinya tenang krn dia jelas matlamat hidupnya..
Hati itu tahu dunia tdk menjanjikan kepuasan dan kesenangan..
kerana,
Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang-13:28
Hasbunallah wani'mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar).
Surah Ali `Imran (3): 173
*************************************************************************
sekadar tulisan hati seorg hamba yg merasakan kemanisan dan keindahan tarbiyah, ukhuwwah fillah dan jihad fi sabilillah..jagalah hati, jgn dikotorkannya..semoga Allah pandu hati2 kita ke jalan yg diredhaiNya..
Wallahua'lam..
Wednesday, 24 March 2010
hati tidak sihat
..::kekuatan itu hanya dr Allah::..
erm..
hati sedikit tdk sihat hari ini
rase tidak tenang..
mungkin krn tuntutan kerja semlm..
ahh, saya sedikit lalai dlm ikhtilat (pergaulan)!!
***
yess, mlm nih akn berada di tmn syurga bersama2 mrk yg saya rindui..
semoga Allah permudahkan..
yg penting btlkan niat..
Subscribe to:
Posts (Atom)