Ya Rabb..Diri ini milik-Mu
Showing posts with label buku tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label buku tarbiyah. Show all posts

Thursday, 6 October 2011

Wasiat pakcik yang disayangi fillah

Saudaraku,

Janganlah engkau putus asa krn putus asa bukanlah akhlak seorg muslim. ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dlm jiwa masyarkt kita, meski fenomena2 kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. yg lemah tdk akan lemah sepanjang hidupnya dan yg kuat tdk akan selamanya kuat.

Allah s.w.t berfirman,
"Dan Kami hendak memberi kurnia kpd org2 yg tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka org2 yg mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka du muka bumi dan akan Kami perlihatkan kpd Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yg selalu mereka khawatirkan dari mereka itu." [Al-Qasas-5-6]

Putaran waktu akan memperlihatkan kpd kita peristiwa2 yg mengejutkan dan memberikan peluang kpd kita utk berbuat. Dunia akn melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yg dpt menyembuhkan umat dari rasa sakit yg tgh dideritainya. Setelah itu tibalah giliran kita utk memimpin dunia, krn bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kpd kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.


Bersiap dan berbuatlah. Jgn menunggu datangnya hari esok, kerana boleh jadi engkau tdk boleh berbuat apa2 di esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tdk boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, krn kita memang tdk mengenal kata "berhenti" dlm berjihad.

Allah s.w.t berfirman
"Dan org2 yg berjihad utk (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jln2 Kami." [Al-Ankabut:69]

Hanya Allah-lah Dzat Yang Maha Agung , bagi-Nya segala puji.

-WASIAT HASSAN AL-BANNA-

Wednesday, 7 September 2011

Ajarkan saya akhlak yg baik dan lembut hati.

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa2nya dah lama takde tetamu yg dtg ke rumah..Alhamdulillah, mlm tadi kwn2 yg belajar di India pulang bercuti dan singgah di rumah kami..Setiap tetamu yg dtg membawa rahmat, jadi layanlah tetamu dgn baik sebagaimana yg diajarkan Rasulullah dan para sahabat..Pagi tadi lepas solat subuh berjamaah dan baca al-ma'thurat, kami mentadabbur sedikit hadith2 dlm kitab Riyadhus Salihin (Tmn Org2 Soleh)..Dah lama sgt rasanya tak bukak buku ni..Pagi itu memang penuh dgn tarbiyah, dgn hujan renyai2, sungguh terasa rahmat Allah seperti mencurah2 turun dr langit..Subhanallah..


*************************************************************************************


BAB 17 : Terpujinya akhlak yg baik, sifat santun dan lembut hati.


"Dan org2 yg menahan amarahnya dan memafkan (kesalahan) org. Allah menyukai org2 yg berbuat kebajikan. [Al-Imran:134]


"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah org mengerjakan yg ma'ruf, serta berpalinglah dr org2 yg bodoh." [Al-A'raaf:199]


"Tidak sama antara kebaikan dan keburukan. Tolaklah (keburukan itu) dgn cara yg lebih baik; (jika engaku melakukan yg demikian), maka tiba2 org yg antaramu dan dia ada permusuhan, seolah telah menjadi teman yg sgt setia. Sifat2 yg baik itu tdk dianugerahkan, melainkan kpd org2 yg sabar; dan tdk dianugerahkan, melainkan kpd org2 yg mempunyai keberuntungan yg besar." [Fussilat:34-35]


Dari 'Abdullah bin 'Amr r.a, ia berkata: "Rasulullah saw bukanlah profil seorg yg berkata dan berbuat yg tidak senonoh. Beliau bersabda: 'sesungguhnya org yg terbaik dari kalian adalah org yg paling baik akhlaknya di antara kalian. [Riwayat Bukhari-Muslim]


Dari 'Aisyah r.a, ia berkata: "Rasulullah saw bersabda: 'sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan dlm semua hal. [Riwayat Bukhari-Muslim].


*************************************************************************************

Beginilah Al-Quran dan Sunnah mengajarkan kita.
Beginilah tarbiyah ini membentuk kita.

Allahu'alam.

Monday, 11 April 2011

Sekiranya Hamman itu baik, nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.

Dah lama rupanya blog ini xde entry terbaru. Bukannya lupa atau tidak mahu menulis dan berkongsi sesuatu, tp setiap kali ingin menulis, pasti hanya beberapa baris sahaja. kemudian saya tinggalkan atau padam sahaja. Bimbang, mungkinkah hati ini terlalu kotor hingga setiap apa yg ingin ditulis, tidak mampu utk terluah, tidak mampu disampaikan dgn baik. Entry kali ini saya ambil drpd sebuah buku bertajuk U-TURN KE JALAN LURUS karya Ustaz Zul Ramli M. Razali. Mengandungi byk "Pengajaran hebat dlm perubahan diri". ****************************************************************************************************** Nabi Musa dan Nabi Harun sedikit pun tidak merasa gentar, malah melangkah dgn penuh yakin masuk ke istana. Firaun duduk megah di ats singgahsana bersedia mendengar penuh teliti apa yg bakal dibicarakan. dgn berbekalkan pesanan drp Allah agar mereka berckp dgn lemah lembut, nabi Musa menyampaikan seruannya, "Tuanku, saya menyeru tuanku supaya menyembah Allah, Tuhan yg mentadbir sekalian alam." Menyusun bicara teratur dgn keberanian seteguh lalang. Kami menyeru tuanku utk tunduk kpd Allah dan berbuat baik kpd manusia. kami akan bersama dgn tuanku utk terus kekal di ats tampuk kekuasaan dan nanti sampai saat kematian tuanku akan diberikan syurga pula di negeri abadi. Petemuan berakhir, mereka bubar dgn nafas harapan. Sepanjang mlm firaun tidak dpt melelapkan mata, patah2 bicara Nabi Musa dan adiknya Harun benar2 menggugat keyakinan yg telah dipegang selama ini. " Ada benarnya tentang Tuhan spt yg dituturkan..." Bicaranya dlm minda mencari sinar di hujung terowong panjang dan gelap. "Aku boleh menyembah Tuhannya dan yg paling penting aku masih boleh terus berkuasa dgn sokongan mereka yg baik." Dialog dlm dirinya masih belum berakhir. dlm gelap mlm itu ada rembang cahaya pd wajah Firaun. Keesokan paginya Firaun segera memanggil Hamman utk menghadap dan meminta pandangan atas apa yg difikirkannya sepanjang mlm. "Tuanku percaya pd tutur kata mereka? Apa yg mereka rancang semata-mata ingin mengusir tuanku drpd kedudukan dan kakuasaan tuanku!" Tingkah Hamman bersemangat penuh keyakinan sambil melontarkan pandangan dr bebola mata kebencian. Sepotan apa yg difikirkan oleh Firaun sepanjang mlm itu hanya menjadi dialog mimpi yg hilang begitu sahaja apabila terjaga. Firaun balik spt asalnya. Pada pagi itu, sekiranya Hamman memberikan nasihat yg baik, sejarah dunia pasti berubah. Firaun tentu menjadi seorg raja yg beriman dgn kuasa yg gilang-gemilang. Mesir juga turut berubah dan kesannya boleh ditemui di Lembah Luxor dgn ruang masjid bg penduduk Mesir purba melakukan ibadah kpd Allah. Namun pagi itu ia hanya berjalan spt biasa dan sejarah menjadi spt yg kita baca pd hari ini. Begitulah besarnya pengaruh seorg penasihat. utk mengungguli perubahan, perkara yg mesti diberi perhatian ialah siapa penasihat kita. kita tentunya tidak mempunyai penasihat2 spt Firaun, tetapi kita ada sahabat, isteri, ibu bapa, dan org yg kita kagumi dlm hidup. tanpa kita sedari, merekalah penasihat kita. Jadi sekiranya kita memang komited utk berubah, maka perkara yg perlu diberi perhatian ialah siapa org yg berada dlm persekitaran kita. Apa yg mereka tuturkan bakal menjadi bahan berfikir kita. Apa yg mereka lakukan, bakal mempengaruhi hidup kita. Berhati-hatilah, jika tidak mereka mungkin menjadi Hamman kita!

Tuesday, 17 August 2010

Open ur eyes

Kebanyakan muslim pd hari ini sibuk dgn urusan dunia dan lalai drp b'ibadat kpd Allah s.w.t dan dan m'taati perintah-Nya. mrk spt sekumpulan manusia yg sedang tidur nyenyak. di sebelah mrk t'dpt api yg marak menyala dan akn m'bakar mrk sekiranya mrk masih lg tidur.

dikalangan manusia yg sedang nyenyak tidur, t'dpt mrk yg tdk tidur dan menyedari apa yg b'laku di sekeliling, ttpi tdk mampu memadamkan api yg sedang m'bakar. ketika itu kewajipan mrk ialah segera m'bangunkn manusia yg nyenyak tidur spy setiap mrk menyedari keadaan masing2 dan m'jauhkn diri drp api. sebarang usaha utk m'peringtkn mrk yg tidur dr bhy api akn m'jd sia2, jika dilakukn sebelum mrk t'jaga dr tidur. mrk tdk akn m'taati dan m'dgr peringatan itu krn mrk sedang nyenyak tidur. jd mrk mestilah dibangunkn t'lebih dahulu barulah diberikn peringatan.

dlm byk kes, ketika m'bangunkn org yg nyenyak tidur, mrk tdk mahu bgn krn sedang enak tidur dan tdk mahu diganggu. ini krn dia masih lg tidur dan belum sedar. jika dia benar2 sedar dr tidurnya dan melihat api yg sedang m'bakar, nescaya dia b'segera menyalamatkan diri. kata2 bahawa dia tlh sedar tdk boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti dgn tindakan m'jauhkan diri dr api itu.

demikianlah sikap da'ei t'hadap mad'unya (org yg diseru). dia mesti b'sabar di dlm usahanya menyeru mrk kpd islam. dia mesti sanggup m'hadapi tindak balas mad'unya spt p'buatan jahat dan cercaan. dia mesti m'harapkn balasan usahanya drp Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad (saw). Baginda menyeru manusia dan t'dedah kpd gangguan dan cercaan. baginda tetap b'sabar dan terus meneruskn dakwah sambil b'doa, yg b'maksud: "Wahai Tuhanku! berilah hidayah kpd kaumku krn sesungguhnya mrk tdk mengerti.

di dlm pengertian ini ASHAB b'kata :

"jadilah kamu ketika menyeru manusia spt pokok buah2an. mrk m'balingnya dgn batu, dan dia m'gugurkn buah kpd mrk."

org2 disekeliling kita, ramai yg di ant mrk yg hidup jauh dr syariat islam. yg hobinya adalah tgk wayang, menulis novel2 cinta, tgk cerita korea dan mengumpul setem. yg byk dr masanya digunakn utk mengumpul harta. yg matlamat hidupnya hanya t'batas utk diri sendiri dan keluarga shj. atau matlamatnya hanya utk m'dpt grade yg baik dlm exam. atau mungkin juga utk m'dptkn kerja yg hebat. yg idolanya adalah org2 besar dan hebat di mata manusia. yg kata2 nya hanya spt perbualan kanak2 kecil ataupun spt buih2 di pantai. semua ttg dunia. di mana diletakkn akhirat itu?

tapi sy tahu, tdk boleh utk menyalahkn dan m'hukum mrk. mana mungkin utk membetulkn mrk selagi mrk masih lg tidur. sy juga pernah begitu lena dahulu. tp Allah dgn rahmat dan kasih sayangnya yg tlh m'hantar seseorg utk mengejutkn sy, memberi kekuatan utk sy m'jauh sedikit demi sedikit dr api yg sedang marak m'bakar. sedih apabila melihat masih ramai lg yg tdk mahu bangun dan masih mahu melayan tidurnya. pasti krn kurangnya usaha utk mengejutkn mrk. pasti masih byk karat2 jahiliyyah dlm diri ini hingga ada hijab yg menutupi di antara sy dan mrk. atau krn hati ini yg masih kotor agaknya. mana mungkin hati yg kotor mampu utk menyentuh dan menembusi hati org lain. astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.. atau akhlak yg masih tdk mampu mengikut akhlak Rasulullah, da'i dan murobbi yg luar biasa. Seorg da'i itu seharusnya m'jd spt magnet yg mampu menarik logam2 disekitarnya.

Rasulullah, dgn akhlaknya yg sgt indah itupun, masih ramai yg tdk mahu mengakui islam yg dibawanya. hanya 313 yg mengikuti setelah 13 tahun seruannya di Makkah. tp ternyata bilangan kecil yg dikumpulnya ini bkn sekadar angka2 kosong shj. 313 inilah, dgn matlamt hidup yg jelas, keimanan yg m'dalam t'hadap Allah yg tlh b'sama2 Rasulullah utk menabur benih2 islam. B'mula dgn individu2 ini, mrk melahirkan keluarga dan masyarakt islam. kemudian, berjaya m'bina sebuah negara islam di Madinah, kemudian kerajaan islam, empayar islam. dan akhirnya islam membina tamadun pd zaman pemerintahan Abassiyah. Perjuangan ini mengambil masa 600 tahun, benar2 jln yg sgt panjang. Rasulullah dan para sahabat sudah tdk ada lg ketika islam di puncak kegemilangan, tp kegemilangan itu tdk akn ada tanpa usaha baginda.


Baginda menyeru kpd islam krn cintanya kpd umatnya, krn hanya islam yg mampu m'beri kebaikan kpd umatnya. Tidak sanggup melihat umatnya terus tidur, sedang api marak m'bakar mereka. Tiada masapun utk memikirkn diri sendiri!!

Hari ini, zaman kegemilangan itu sudah tdk lg dirasai. zaman ketika islam memerintah dunia. atau mungkin kita tdk pernah tahu islam pernah m'jd 'world order' suatu masa dahulu. Bukalah mata hati. Sunnatullahnya, sejarah akn b'ulang. dan kita sedang mengulang sejarah. akn tiba suatu masa, islam subur kembali memerintah dunia. Janji Allah itu pasti berlaku!! Adakah kita hanya ingin melihat atau kita ingin turut serta di ats jln yg pernah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabt?

"sekiranya (yg kamu serukn kpd mrk) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan p'jalanan yg tdk berapa jauh, niscaya mrk mengikutimu, ttpi tempat yg dituju itu terasa sgt jauh bg mrk..." [at-taubah:42]

Dan siapakah yg lbh baik p'kataanya drp org yg menyeru kpd Allah dan mengerjakn kebajikan dan b'kata, "sungguh aku t'masuk org2 muslim (yg b'serah diri)"? [Fussilat:33]

Tidak tahu di mana dan bila benih2 islam itu akn mula b'cambah. yg pastinya, b'bahagialah org2 yg tlh menabur benih itu. Allahu'alam.

*************************************************************************************

Perkogsian lagi. Ayat2 dlm artikel ini ada yg dipetik drp buku "Dakwah Fardiyah" yg ditulis oleh Syeikh Mustapha Masyhur.

Monday, 3 May 2010

Tarbiyah Dzatiyah

Dakwah yg dilakukan orang-orang soleh yang benar2 mentarbiyah dirinya secara sungguh2 akan memilki pengaruh dan keistimewaan yg sgt BESAR!

1. Dakwah penuh BERKAH
Mereka yang benar2 mendidik diri akan mendapat RESPON yg besar dari objek dakwah, baik dari segi KUALITI atau KUANTITI.Kadang kala kita fikir, kenapalah mad'u yg kita bawa tidak mempunyai kesan langsung terhadap dakwah kita, memang tidak dinafikan hati mereka milik Allah, tetapi, ia mungkin berpunca dari diri kita sendiri yang lupa untuk mentarbiyah diri secara sungguh-sungguh.
"Ibnu Abbas pernah menyampaikan khutbah yang menggantikan khalifah Ali, di mana seandainya orang-orang Yahudi atau Nasrani mendengarkan nya, nescaya mereka akn masuk Islam"

Dakwah Musab Bin Umair yg mampu mengislamkan penduduk Madinah juga menunujukkan hanya dengan tarbiyah diri yg hebat mampu menghasilkan dakwah yang hebat. Musab mampu menjaga tarbiyah dirinya walaupun dia berada jauh dari Rasulullah, namun tarbiyah dirinya sama hebat dengan sahabat2 yang berada dekat dgn Rasulullah ketika itu!Subhanallah!

2.Pengaruh dan kesan yang MENDALAM
Sewajarnya, melihat wajah atau melihat akhlak kita mampu membangkitkan semangat orang yang melihatnya untuk melakukan kewajiban agama.

Abu Musa Al-Asy'ari selalu dtg kepada Ibnu Mas'ud untuk menghilangkan rasa penat dan mengembalikan semngatnya dalam menjalankan ibadah kepada Allah.

"Sungguh melihat wajah Ibnu Mas'ud sesaat, jauh lebih baik dari ibadah setahun"
Hebatkan?Mad'u kita seharusnya merasakan kita adalah qudwah yang terbaik, sebaik sahaja melihat kita, akan melonjak semangat islam di dalam dada mengasilkan amal yang berterusan!

3. Konsisten dalam JALAN DAKWAH
Keistimewaan dakwah mereka yang benar2 menjalankan tarbiyah dzatiyah dapat membentuk karakter yang kuat. Inilah yang membezakan pendakwah yang soleh dan yang sungguh2 mentarbiyah dirinya berbanding dengan mereka yang tidak. Mereka mampu mewarnai lingkungan di sekelilingnya. Kita sendiri menyedari mereka yg mempunyai hubungan yg amat rapat dengan Allah hasil tarbiyah dzatiyah mempunyai tarikan tersendiri dan mampu meniupkan semangat islam di hati mad'u2 mereka.

4. Memiliki Sensitiviti terhadap AMAL
Orang yang biasa melatih diri akan memiliki sensitiviti yang lebih terhadap amal dakwah. Kerana mereka menyedari betapa besarnya tanggungjawab amal bagi dirinya untuk menyelamatkannya dari bencana dunia dan azab neraka. Ia beramal kerana kesedaran dan dengan kehendak hatinya, bukan kerana tekanan dan keterpaksaan. Inilah yang membuatkan jiwanya merdeka.Merdeka bersama Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka apbila disebutkan nama Allah GEMENTARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal" (Al Anfal:2-4)

Tarbiyah Dzatiyah merupakan satu kepentingan yang harus ditekankan oleh setiap daie. Kadangkala, apabila kita cuba bergerak laju ke hadapan, jiwa merasa kosong dan kita seharusnya berhenti dan melihat semula, adakah apa yang kita suba sampaikan kepada mad'u, kita telah sedaya upaya lakukan?

p/s:The best person you can tarbiyah is yourself :)

-Dipetik dari buku Tarbiyah Dzatiyah by Solikhin Abu 'Izzudin-